Kalam Bismillah ku mulakan, ku pohon maaf andai coretanku ini ada kekhilafannya..
Ada sebuah kisah dimana seorang pemuda yang beragama bukan Islam, Joseph. bertanyakan soalan yang agak mencabar dan seolah-olah ingin menguji orang Muslim seperti Hakim..
Joseph : "Kamu beragama Islam bukan?"
Hakim : " Ya "
Joseph : " Tuhan kamu Allah? "
Hakim : " Ya, Allah tuhan yang satu, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan "
Joseph : " Boleh saya bertanyakan satu soalan? saya gembira jika anda dapat menjawabnya,, "
Hakim sudah menduga ada sesuatu yang hendak diuji oleh Joseph, dia hanya berdoa mendapatkan bantuan daripada Allah, semoga dia dapat memberikan jawapan yang terbaik..
Hakim : " Sudah tentu Joseph, apakah soalannya? "
Joseph : " Dimanakah Allah? "
Hakim tersenyum tenang, dia tahu soalan yang sebegini harus dijawab dengan persoalan kembali yang sekaligus menyelesaikan masalah tersebut..
Hakim : " Baiklah Joseph, awak ada nyawa bukan? "
Joseph : " Sudah tentu ada, kalau tak ada, macam mana saya boleh hidup? "
Hakim : " Jadi kamu percaya Nyawa itu wujud? "
Jospeh : " Sudah tentu "
Hakim : " Jadi dimanakah nyawa kamu? bolehkah kamu tunjukkan? bagaimana rupa bentuknya?"
Joseph terdiam terkaku, seolah-olah tiada jawapan untuk soalan itu...
Hakim : " Kamu yakin akan wujudnya Nyawa, tetapi kamu tidak tahu dimanakah letaknya nyawa? bagaimana rupa bentuknya? dan bagaimana ia berfungsi? Sama seperti agama Islam,, kami percaya adanya Allah sebagai pencipta alam semesta, DIA sentiasa ada memerhatikan hambanya, memberi pertolongan kepada hambanya yang dalam kesusahan dan menurunkan Al-Quran sebagai penduan dan rujukan kepada umat Islam.."
Orang-orang bukan Islam sekarang sudah mula mengkaji Al-Quran dan mereka sengaja menguji umat Islam yang kini semakin alpa dengan dunia hiburan dan keseronokan.. Di zaman yang semakin moden ini, jawapan tentang isu akidah dan agama perlulah dijawab dengan berhemah dan mudah bagi sesuatu kefahaman baik orang Islam, baik orang bukan Islam.. masing-masing memerlukan maklumat yang mudah difahami.. (^_^)
p/s : Rindu..
No comments:
Post a Comment