Nuffnang Ads

Etiqa Takaful: " Etiqa penipu"





Malam semalam saya bertemu dengan seorang tua berbangsa India ketika sedang buka kaunter di Maybank. sebaik sahaja melihat saya dengan baju Etiqa,

"ETIQA INI PENIPU!"

ah sudah, ni dah kenapa pulak tetibe kata menipu ni, saya nak buat kerja pun dah tak senang, Lalu saya bertanya kenapa sampai begitu sekali terjahan pak cik ini.. ini ringkasan ceritanya:

1. Beliau sudah pun memliki polisi secara berkelompok di Kilang, RM20 sebulan.
2. kawan sekerja beliau (juga peserta) accident dan patah sebelah tangan, tapi tiada claim sedangkan potong bulan2 RM20 daripada Bank.


Pertama sekali saya minta pak cik tersebut fahamkan dahulu polisi yang diambil ataupun rujuk semula dengan ejen tersebut. Saya simpulkan begini sahaja, "Modal yang cuma RM5 jangan diharap boleh dapat KFC baket besar"

Polisi yang diambil kemungkinan mengikut pakej CUEPACS iaitu berkelompok atau daripada Produk Maybank yang ada cop Etiqa. dengan bayaran hanya RM20 kemungkinan manfaat untuk accident tidak dimasukkan. Besar kemungkinan polisi hanya cover asas sahaja, iaitu Kematian/Hilang Upaya Kekal sahaja.


Maksud sebenar Hilang Upaya Kekal adalah hilang upaya yang menyeluruh, tertera di dalam polisi Hilang Upaya Kekal ini bermaksud Hilang anggota tubuh badan seperti Tangan,Kaki,Mata,Telinga, syaratnya mesti berpasang seperti dua belah tangan, sebelah tangan dan sebelah kaki. (Sila rujuk polisi untuk lebih memahami definisi) lumpuh sehingga tidak boleh melakukan lebih daripada tiga aktiviti contohnya, menyarung pakaian sendiri, berjalan, dan mandi. Syaratnya haruslah kekal sehingga 6 bulan. 6 bulan 1 hari baru dikira sebagai Hilang Upaya Kekal. Haa, rumit bukan? jangan ingat dah ada insurans/takaful dah dicover semua.


"TAPI YITU EJEN KATA SEMUA COVER"


saya boleh andaikan yang customer terlupa apa yang diterangkan,

"yela.. dah 5 tahun join macam mana nak ingat?"

Kenapa tak jumpa ejen itu dan bertanyakan perkara ini?

"itu ejen deal sama company saja, tarak jumpa pun sama kita"

Sebab itu bagusnya ambil polisi secara individu direct dengan Ejen, Adalah menjadi tanggungjawap Ejen untuk sentiasa update dengan customer. Yang bagusnya kita tahu siapa yang menguruskan polisi kita.


Tapi jika benar tuduhan tersebut yang "yitu ejen kata semua cover", Jelas Ejen tersebut tidak bertauliah, Buat sahaja laporan polis, Ejen sebegini buat busuk nama syarikat je. caittt



SYARIKAT TIDAK MENIPU, EJEN YANG TIDAK BERTAULIAH SAHAJA YANG MENIPU



"Kaji dan selidik dahulu sebelum ditipu"

246 comments:

  1. penipu !!! kenapa dah matang duit tak dapat. dah enam bulan menanti. senang je nak tipu orang tua apa lagi oarangnya dah mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas komen tuan/puan

      antara sebab bila tempoh matang tapi duit masih tak dapat

      1.ada pengeluaran sebahagian dalam tempoh polisi
      2,polisi lapse (bayaran yang tidak konsisten)

      saya tak salahkan pihak tuan/puan, seeloknya berurusan dengan ejen tuan/puan, atau lebih mudah contact saya dan berikan no polisi/ic,saya akan uruskan

      Delete
  2. Dh 2 bulam tak de auto debit dibuat...hairan sy...knp tak nak buat potongan mcm biasa..sdgkan ada duit dlm akaun..sy byk kali email tp tak balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen cik/encik,

      Yang ini saya tak nafikan terdapat beberapa masalah berkenaan auto debit,
      Ada 3 bank yang langsung tidak mengenakan caj untuk pemotongan

      1. Maybank
      2. BSN
      3. CIMB

      Namun begitu pemotongan adalah antara urusan Syarikat dan Pihak Bank, Jadi dia boleh jadi masalah dari Pihak Bank atau Syarikat

      Untuk hal ini jika emel tak dibalas saya cadangkan encik/cik boleh refer pada ejen atau encik/cik boleh emailkan pd saya di petra_fariz@yahoo.com untuk saya bantu.

      Delete
  3. En fariz petra ni boleh tolong saya tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong apa tu puan, boleh hubungi saya 0176679788

      Delete
  4. salam...
    kongsi surat permohonan taklimat dan slide terbaik....
    email : doubleonedoublethree@yahoo.com

    rezeki Allah LUAS...

    ReplyDelete
  5. salam...
    kongsi surat permohonan taklimat dan slide terbaik....
    email : doubleonedoublethree@yahoo.com

    rezeki Allah LUAS...

    ReplyDelete
  6. Salam . boleh saya minta slide terbaik Untuk taklimat Dari encik fariz sebagai rujukan saya ? Perkongsian bersama .

    Jika sudi email saya
    Iiqbal_hady@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Assalam...

    Nak kata menipu tak kot...

    Tapi ada agen yang call promote polisi mabrur agak keterlaluan jugaklah bila bagi maklumat setahun dividen kekal 12% dan ditambah pula dengan dividen takaful yang berubah dalam 5-7%. Bila semak web etiqa pakej tawaran 3 tahun pertama hanya 10%. 10% dalam tempoh 3 tahun??? Cait... dah dua tiga agen telefon, maklumat diberikan macam tulah. Mula2 kata 12 tahun matang, bila tanya yang minima, bagi pulak 5 tahun. Caitt...

    Hopefully tuan bukan macam tu lah...

    Desperate nak cari pendapatan pun kena jujur juga. Sekarang ni ramai orang desperate. Yang desperate nak cari tempat melabur syariah compliant yang memberi keuntungan tinggi pun satu hal lah juga.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Wassalam, terima kasih sudi singgah sini tuan,

    Pertama sekali, sy wakil kpd agent2 etiqa minta maaf atas tindakan mereka, sy akui itu salah satu cara mudah untuk tarik pelanggan,

    Sebab tu tak digalakkan cerita benefit produk melalui phone, sebaiknya buat temujanji, dah jumpa baru cerita benefit, dan untuk pengetahuan tuan, ya 10%, 10% drp jumlah perlindungan. Boleh rujuk pd entri sy berkaitan Mabrur,

    Saya respek tuan sebab tuan bukan jenis yang dengar dan terus percaya, sebaliknya tuan buat kajian, saya cadangkan tuan direct je jumpa mana2 agent dan minta penjelasan, macam baru2 ni ada juga yg call sy nakkan penjelasan, Alhamdulillah selepas sy terangkan perjalanan dan proses kewangan itu, beliau faham dan berterima kasih pd saya, mudah bukan begitu?

    Komsepnya mudah, kita nak bagi faham, bukan paksa bayar, maka pilihlah agent yg tuan yakin.

    Terima kasih ya tuan sudi komen di sini.

    ReplyDelete
  9. Salam..saya nak tahu berapa lama nk tunggu bayaran drpd etiqa selepas tempoh matang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, paling cepat 2 minggu, paling lewat sebulan
      Cik/En boleh berikan no polisi atau no ic untuk saya semak

      Delete
  10. Salam..saya nak tahu berapa lama nk tunggu bayaran drpd etiqa selepas tempoh matang?

    ReplyDelete
  11. Ejen etiqa bernama Norin dulu iya2 saja nak maklum hal pelaburan etiqa setiap tahun sampai la xde..bila kena ketuk baru nak kalut sana sini..minta bantuan cik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf en Fadhil, saya kurang jelas, en Fadhil nak minta saya bantu apa ya

      Delete
  12. Ejen etiqa bernama Norin dulu iya2 saja nak maklum hal pelaburan etiqa setiap tahun sampai la xde..bila kena ketuk baru nak kalut sana sini..minta bantuan cik.

    ReplyDelete
  13. dapat statement daripada etiqa dan saya bila saya semak balik setiap helai saya perasan ejen tu tipu signature saya. saya yakin saya xsign form tu. ini mmg xberetika !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan/Puan dah hubungi ejen? Apa penerangan ejen tu ye, macam saya cakap tak semua ejen itu jujur walaupun dah lulus ujian. Saya cadangkan tuan/puan
      1. Buat report berkenaan ejen tersebut.
      2. Jika tidak dilayan buat report Bank Negara

      Delete
  14. memamg takul etiqa ni tak boleh pakai..ambil duit orang laju..nak pylang lambat..pihak admin hancur..suami saya punya akaun pun sama, pmt buat tiap2 bulan. tetiba dia kata dah lapse lepas tu xde notis apa2..tapi pnt yg saya buat setahun dia amik..matang pun xbagitau..lps mtg pmt masuk ambik lagi..bila nak claim balik kata polisi dah lapse nak byr jumlah lapse saja..buat complain xapprove suh htr surat pulak..xtahulah lps ni apa pulak..mmg nak kena htr pada pihak atas bg org atas tahu sikit byk org teraniaya dgn etika takaful ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kita betul, kenapa tidak terus report pada pihak atasan? Tidak ada istilah tiba2 tuan, sebab semuanya ada dalam polisi, kumpulkan semua bukti dan buatlah report. Lebih mudah jika tuan/puan minta ejen yang uruskan. Ejen mesti bagi servis after sales, sebab komisen mereka daripada sumbangan pelanggan juga. Maaf jika tersinggung ya

      Delete
    2. betul sy pn kn mcm ni jgk sama... arwah mak sy... kita nk carik agen tu kt mana ye... atau tunggu je lah mungkin nnt agen tu carik lh kita kot

      Delete
    3. paling kecewa dengan customer service etiqa. layan customer macam sampah. aku mintak covernote and then dia cakap dalam 24 jam. esok call lagi 24 jam . berterusan sampai hari ke 10 tak silap. memang layanan cm tahi mintak maaf cakap. jangan lah macam ni. orang dah pakai servis awak. jgn buat orang macam tahi. gaji yang awak makan tu duit pelanggan jugak puiiiiii. rugilah mcm ni

      Delete
    4. sebab itu saya lebih prefer apa2 urusan yang urgent direct terus ke branch atau minta agent yang uruskan. kita semua manusia tuan, tidak semua sempurna. procedure mudah jika layanan staf teruk.

      1. ambil nama staff, jika dalam tempoh 24 jam tidak ada hasil
      2. call semula/email HQ dan buat aduan dan berikan nama staff.

      itu lebih membantu untuk pihak HQ ambil tindakan kepada staf yang kurang baik layanannya.

      Delete
  15. telefon hp 0176679788 en. fariz petra ...kol tiada dalam perkhidmatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Cik/En anonymous, no saya 0176679778. Sila dail semula atau berikan no phone saya yg call

      Delete
  16. As slm
    Saya pn zalina bt salim
    Sy ada ambil takaful atiqa tn prima bermula thn 2007. Pd thn 2010 sy d bayar bonus dan pd thn 2013 sekali lg di byar bonus. Pd thn 2016 sy email kn knp x de bonus pihak takaful mnyatakan insuran sy telah di lupuskan pd thn 2014.
    Bila sy tgk byaran sy mlalui pyata bank byaran ok setiap bulan. Selama 2 thn s
    bayar pihak takaful x mmberi tahu insuran sy d luputkn dan bils sy ke pej dan email pihaknya tak tahu knapa insuran sy d luputkn
    Apa patut sy buat
    Tolong lh sy.....m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, pn Zalina boleh terus hubungi saya di 0176679778
      Berikan saya no polisi/no IC

      Delete
  17. As slm
    Saya pn zalina bt salim
    Sy ada ambil takaful atiqa tn prima bermula thn 2007. Pd thn 2010 sy d bayar bonus dan pd thn 2013 sekali lg di byar bonus. Pd thn 2016 sy email kn knp x de bonus pihak takaful mnyatakan insuran sy telah di lupuskan pd thn 2014.
    Bila sy tgk byaran sy mlalui pyata bank byaran ok setiap bulan. Selama 2 thn s
    bayar pihak takaful x mmberi tahu insuran sy d luputkn dan bils sy ke pej dan email pihaknya tak tahu knapa insuran sy d luputkn
    Apa patut sy buat
    Tolong lh sy.....m

    ReplyDelete
  18. Lepas tempoh matang nak tuntut balik duit mcm mana ? Just bagi.ic dgn no.ahli polisi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan ada wassap saya kan tadi, Harap dapat membantu ye 😊

      Delete
  19. En. Faris. Selepas matang, berapa byk pulangan semula yg sepatut dapat.
    ,

    ReplyDelete
  20. En. Faris. Selepas matang, berapa byk pulangan semula yg sepatut dapat.
    ,

    ReplyDelete
  21. En. Faris berapa pulangan setelah matang,?

    ReplyDelete
  22. En. Faris berapa pulangan setelah matang,?

    ReplyDelete
  23. hi, im intend to buy maybank tafakul Senior PA insurance for my parents but i found out lots of bad comment about takaful insurance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I suggest you to attend to any Maybank branches and seek the information first from the Financial Executive. much better than referring one side right?

      Delete
  24. Sy ada banyak ambil takaful etiqa. Buat masa ini 2 telah matang. Pada tahun 2014, bila matang ET beri surat pemberitahuan dan mohon no. acc bank saya. Dlm masa 1 minggu duit masuk. Yang baru2 ni, bila no acc bank sy telah ada dalam simpanan ET, pada hari esoknya, selepas polisi matang, duit masuk. Untuk mekluman semua.

    ReplyDelete
  25. Saya rasa mcm dah fed-up dengan mana² insuran. Anak saya masuk etiqa takaful,pelan sarjana. (masuk umur 1 thn dan akan matang polisi pada umur 18 thn) Macam mana pemotongan gaji melalui ANGKASA boleh masuk ke Koperasi Wakil Perunding Takaful Nasional Kelantan dulu. Dari koperasi tu baru dimasukkan ke dalam etiqa. Kemudian duit sangkut. Gaji still kena potong, etiqa hantar surat NOTIS LUPUT kontrak. masing² dok tuduh orang tu salah orang ni salah. dah 45 bulan gaji saya dipotong sebanyak RM75 sebulan. Etiqa saya dah terminate bulan 3 2013.bila nak hubungi agen dan syarikat semua dah tukar no tel. Syarat nak terminat daripada ANGKASA pulak kena dapatkan surat pengesahan daripada koperasi wakil perunding Takaful nasional Kelantan dulu baru boleh stop pemotongan. Agak² macam mana nak cari syarikat tu,kalau syarikat tu dah lingkop. Prosidur yang kurang bijak perlu ada penambaikan.

    Mangsa jenayah kolar putih
    Disember 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, salah pengurusan awal kerana tidak maklum pada tuan. Takaful Nasional kini di Bawah Etiqa Takaful. cadangan saya, kumpul semua bukti dan kronologi. report di balai Polis.

      Delete
  26. Sy akan berkhidmat sampai umur 60 tahun. Dan potongan takaful etiqa adalah melalui gaji. Tetapi dlm polisi potongan dr gaji smpi umur 85 tahun.menurut agen saya. Sdgkn saya mmg mohon potongan setakat umur 60 tahun. Tapi agen sy beritahu, kalau nk pinda tempoh potongan dr gaji setakat umur 60 tahun dan batalkan tempoh umur 85 tahun, boleh dilakukan. Adakah fakta ttg ini betul? Sebab takaful yg saya pilih ni hanya melibatkan polisi saving shj. Mohon pjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta ini betul tuan, Tuan boleh batalkan polisi itu walaupun umur tuan 55 tahun, apa yang tuan akan dapat.

      1. Jumlah simpanan terkumpul + dividen.
      2. Tambahan keuntungan pelaburan syarikat.

      Jumlah ini akan terus masuk ke dalam akaun tuan tanpa ada apa2 penolakan.

      Delete
  27. Masalah saya hampir sama dengan encik azani amdan.Potongan gaji suami saya untuk pelan sarjana takaful national (etiqa) juga masuk ke akaun koperasi wakil perunding takaful nasional kelantan berhad. sejak november 2012 takaful anak saya tidak dibayar sedangkan dalam slip gaji dipotong. nasib baik status takaful masih aktif kerana pihak takaful gunakan duit yang ada untuk cover yang tu. koperasi tu kononnya bersandarkan sistem islam.sistem islam apa kalau ambil duit orang .

    ReplyDelete
  28. Rata2 masalah yang saya lihat pada komen adalah mengenai syarikat lama, sewajarnya kita tahu dengan siapa kita ambil dan ada no untuk dihubungi. cari semula person in charge. beliau yang makan komisen tuan2 puan2 semua. jangan lepaskan begitu sahaja. Dan ia normal masalah daripada ejen akhirnya syarikat yang kena. nasihat saya. kumpul semua bukti, sediakan polisi masing2, buat report polis dan report juga pada Bank Negara Malaysia.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. SAYA NK TANYA, UNTUK TAMATKN POLISI BERAPA LAMA DUIT KITA BOLEH DAPAT?. DAN KENAPA JUMLAH SIKIT SEDANGKN KLU IKOT BAYARAN TIAP2 BULAN , XPERNAH CLAIM.. MASUK 10TAHUN JUMLAH HANYA 1K LEBIH JE..

    ReplyDelete
  31. Salam tuan Al Mughni, paling cepat 3 hari waktu bekerja, paling lewat 2 minggu, maaf tanya, tuan ada refer pada ejen ke? Sebab apa dapat sikit? Kemungkinan

    1. Ada tunggakan selama beberapa bulan. maka ditolak jumlah tunggakan itu.
    2. Tuan ambil plan yang simpanannya memang sedikit. rujuk semula plan yg tuan ambil.
    3. Selama tempoh polisi, ada buat pengeluaran sebahagian.

    Jika kemungkinan ini tidak terjadi, tuan boleh terus rujuk pada Branch aetiqa yang terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA POTONG GAJI XPENAH TUNGGAKAN.. MONTLY RM77.60 POTONG MULAI TAHUN 2007. XPENAH MOHON CLAIM ATAU SEBAGAINYA.. SY CALL ETIQA DAN DIA CKP DUIT SAYA RM 1300 UNTUK TUTUP POLICI SAYA.. AMAT MENGECEWAKAN.. SY CALL EJEN DIA XPAKAI DAH NO YG DI BERI..

      Delete
  32. APAPON TERIMA KASIH ATAS INFO DR EN. FARIZ PETRA . SEMOGA BERMANFAAT JUGA PADA ORG LAIN.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum tuan, boleh saya dapatkan consultation dan quotation untuk medical card/health plan kami sekeluarga ;

    Ayah – 31 tahun
    Ibu – 34 tahun
    Anak – Lahir Pada 23 Januari 2017

    Terima Kasih.
    syazwansanim@gmail.com

    ReplyDelete
  34. Salam tuan...kenapa policy insurance says berubah. Saya mula membeli insurance mni pada 1997 atas policy endowment saving dan tempoh matang pada 2017 selama 20 tahun dan sum insured RM20000 premium yg dibayar RM862 setahun. Baru baru ini saya ke dataran maybank utk menyemak insurance says. Apa yg saya dpt diberitahu oleh peg. Cust serv ialah insuran says adalah tsp 24. Berkuatkuasa ogos 2002 dan tempoh matang 2026 dgn sum insured RM10,000. Saya jadi hairan dan frust spatutnya insuran akan matang pada tahun ini. Tujuan utk byrn pengajian anak. Officer cuma boleh mengandaikan saya trsilap dengar cakap agen..cakap mungkinsaya beli policy insuran lain..makin hairan saya jadinya..bila ditanya pasal sum insured jadi rm10000..katanya tak smuanya dapat balik..rm862x 20 tahun boleh rm17 k. Makin hairan...minta penerangan sikit apa2 yang saya telah missed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam tuan, lain macam kes tuan ni, tiba2 ditukar ke plan lain. Tuan ada simpan lagi polisi? sebab semuanya termaktub dalam polisi, tak mungkin mereka boleh tukar sesuka hati jika di polisi sudah jelas nama plan. melainkan mereka sudah menghubungi tuan untuk penukaran dan tuan setuju. untuk kes ini. Tuan boleh refer balik di dataran maybank dan minta sekali lagi penjelasan daripada staf/pegawai. tuan nyatakan terus bahawa tuan tidak ada beri apa2 kenyataan untuk menukar plan dan tuan tidak berpuas hati dan akan laporkan perkara ini kepada Bank Negara Malaysia. jika masih lagi tiada tindakan, tuan boleh terus ke Bank Negara buat laporan. sekian. harap menjawab soalan

      Delete
  35. Masih dietiqa ke? blh call tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, masih di Etiqa. boleh call.

      Delete
  36. Askm tuan.. Saya ingin tahu kenapa sdh dua thn berturut2 suami saya xdapat rebate 10% mcm yg dijanjikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan, tuan maksudkan produk yang mana ye? boleh saya tau. untuk lebih jelas. Tuan boleh terus ke branch berdekatan untuk mendapatkan info yang lebih tepat.

      Delete
  37. Saya tak buat research sebelum pilih ejen, ejen saya ni mashaAllah... Bulan 1 daftar life insurans ni dah akhir bulan 5 masih tak dapat polisi&medical card. Gift masa awal tahun janji nak bagi planner, bulan 3 saya ws janji nak bagi polisi & payung harini saya ws lagi masih tiada reply, bayaran bulanan melalui auto debit. So nasihat saya, pilihlah ejen yg cakna pelanggan. Sekadar luahan rasa seorang customer yg frust dgn layanan ejen. #misi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana kongsi pengalaman cik/tuan di sini. ya betul. semua syarikat mengalami masalah untuk ejen yang sebegini, bagi saya, Hadiah, Cabutan bertuah, Payung, Kalendar/Diari jatuh no 2. No 1 adalah servis. Buat yang basic dulu baru boleh proceed dengan hadiah dan sebagainya.

      Delete
  38. Salam.. pd 17/11/2005 mak sy mula menyumbang pelan sarjana pendidikan.. bayaran rm70 sebulan dan matang selama 11 tahun.. jumlah sumbangan rm4890.00.. tapi bila etiqa masukkan duit yg dah matang tu hanya rm1067.63 sahaja yg dapat.. boleh imagine tak macam mana perasaan orang tua sy bila simpanan selama beberapa tahun akhirnya jumlah itu je yg dapat.. memang betul ada perlindungan jika ada berlaku apa2 kemalangan.. tetapi benarkah takaful etiqa ni berlandaskan islam jika kita tengok pun hampir 300% keuntungan dikaut.. minta penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan, seeloknya sebelum ambil polisi, Tuan Nuruddin boleh semak anggaran simpanan ketika matang. Ejen perlu tunjukkan ilustrasi kepada pelanggan sebelum close kes. bagi saya 11 tahun itu tempoh yg agak pendek.

      Perjalanan Takaful diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sendiri dan Lembaga Takaful yang mengawal Kewangan Takaful adalah daripada Mufti dan mereka yang layak. di dalam ilustrasi telah dinyatakan berapa caj untuk beberapa kos, admin, tabarru' dan sebagainya. Jadi nasihat saya, perlu faham betul2 sebelum ambil polisi. Sekian harap saya menjawab soalan.

      Delete
  39. Asslkom boleh dptkn no fon pejbat x? Sya nk call, sebb sya dh 6 thun melabur

    ReplyDelete
  40. Salam tuan. Mohon bertanya. Sy ade langgan satu pakej insuran (jv cuepacs) dr etiqa. Sy start langgan pada 2013. Dgn keadaan ekonomi skrg, sy telah buat keputusan utk tamatkan pakej tersebut yg sy byr bulan-bulan(potongan gaji) smpau skrg. Soalan sy, blhkah sy buat permohonan penamatan pakej tersebut dan adakah sy akan menerima peratusan simpanan drpd bayran sy selama ini? Bgaimana pula mgira perkiraan tempoh matang pakej tersebut? Terima kasih atas respon tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, terima kasih atas soalan, maaf tuan/puan, saya kurang arif mengenai cuepacs, boleh tamatkan cuma saya simpanan itu saya tak tahu. cadangan saya terus ke branch berdekatan untuk dapatkan maklumat yg lebih tepat. bawa sekali

      1. Polisi/Ic Owner
      2. No akaun bank

      p/s: hanya owner sahaja dibenarkan untuk tamatkan polisi

      Delete
  41. Saya telah ditawarkan dengan insuran hero15 etiqa takaful melalui maybank islamic dengan bayaran pemotongan bulanan sebanyak RM30.00++/bulan. Setelah cukup tempoh kontrak atau matang selama setahun saya telah meminta pihak etiqa membatalkan polisi tersebut dan telah memulangkan semula jumlah potongan terakhir RM30.00++ kedalam akaun saya melalui autodebit. Kemudian etiqa telah memasukkan sekali lagi bayaran terhadap akaun saya sebanyak RM98.00++ dan saya tidak ketaui apa tujuan tersebut. Minta tuan memberi penjelasan mengenai pembayaran ke dalam akaun saya itu.???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero 15 adalah plan di bawah Maybank, Etiqa Takaful uruskan bahagian pampasan sahaja. seeloknya tuan rujuk semula di Bank transaksi RM98.00++ itu untuk apa.

      Delete
  42. Suami saya ade amik insuran etiqa under maybank lebih kurang 2tahun.. skrg saya nak terminate insuran tu.. da email surat tuk termination.. hujung tahun lepas da pergi pejabat etiqa kt subang utk terminate.. tp still tolak duit.. bila call hotline tanye boleh pulak dia cakap xsubmit ape2 dokumen pon utk termination.. apehal pulak habes tu aritu suami saya isi borang dan kene tggu hampir 1 jam kt kaunter tu ape.. buang mase tau.. then bulan lepas call sruh dia terminate.. tapi bulan ni still potong duit.. ape crita ni encik..staff awak semua xbuat kerja ke?? Ke memang kerja awak semua memang makan duit orang.. awak nk kite call atasan brape kali.. jangan sampai saya report dekat tribunal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf atas layanan staff yang tak alert dengan masalah puan. Ini masalah serius bila pemilik polisi sendiri dah datang branch, tapi masih tiada tindakan. Jarang saya dengar Etiqa Subang bermasalah. soalan saya.

      1. Ada serahkan polisi di Branch atau tidak?
      2. Ada isi borang, kemudian mereka cop. ada ambil gambar?
      3. Ada polisi lain selain polisi yang puan nak batalkan?

      Jika soalan no 1 dan 2 ada, boleh terus call/email semula HQ, berikan nama staff dan segala dokumen/bukti. cc kan pada Bank Negara Malaysia.

      Dan untuk pengetahuan puan, saya bukan kerja sebagai Staff atau CEO mahupun branch manager untuk pantau staff yang tak buat kerja. Yang tak buat kerja sebenarnya adalah agent puan sendiri. Agent yang makan duit komisen patut servis client. Agent patut uruskan semua ini.

      Segelintir yang bermasalah jangan hukum semua. Sekian.

      Delete
  43. saya nk terminat mabrur....ini masuk tahun ke 3...total bayar smua dah 10k lebih...tp masuk dalam ac cuma 1.5k...macam tak faham smua yg tersirat...boleh pihak tuan cadangkan bila masa terbaik utk saya terminate mabrur? tahun ni, tahun ke empat, saya juz dapat 3% jer bonus sampai tahun ke 11....tahun 1 & 2 mmg bayar jer tak dapat pepe...tahun ke 3 shj 10%...mmg bijak la jugak pakej ni buat kami terseksa bayar...hehehe...saya bayar tahunn, rm3.5k setahun...so terasa juga lah...kalau terminate skarang agak2 worth it tak cz next year bonus pun sama jer sampai tahun ke 11....huhu...plis advise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bayar bulanan 200. Sy baru terminate setelah menabung selama 3tahun setengah. Sy mmg diterangkan langsung ttg brp percent saving dlm mabrur. Rupanya tahun pertama 0% saving, tahun kedua 0%saving, taun ke 3baru 10%. Zalim betul. Saya xhalalkan duit yg saya niatkan utk pegi haji masuk ke ceruk mana sekalipun. Sy akui salah saya xminta penerangan jelas. To ejen sepatutnya malum ttg tahun pertama, kedua mmg duit kita byr xde saving langsung. LANGSUNG. Sy mmg ingat saving. Gila punya perjanjian. Mabrur =ZALIM.

      Delete
    2. Sy mmg xditerangkan langsung*

      Delete
    3. RM200 bulanan bagi saya satu komitmen yg agak tinggi. saya akan berulang kali fahamkan peserta dulu dan dapatkan kepastian adakah betul beliau nak teruskan. sebab Mabrur adalah plan jangka masa panjang, dan simpanan awal 2 tahun memang sifar. ini bukan skim jangka pendek. kena faham dulu betul2, memang bagus plan ini. Ini jangka masa panjang, Mabrur tidak Zalim, Agent = ZALIM.

      Delete
    4. harap dapat dikemaskini pelan 0% tu...

      Delete
  44. Saya dah hubungi ejen saya...tapi sampai skrg blm dapat maklum.balas...diveden tahunan sya blm masuk...bayaran saya tahunan dlm bln mei..skrg dah ogos...diveden bulanan blm masuk...tak tahu lah apa.masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan saya terus sahaja ke branch yang terdekat dan dapatkan maklumat. boleh terus batalkan/complaint agent tak bagi servis. Bad Agent.

      Delete
  45. En fariz petra... Sy nak tanya kalo nak batalkan insurans etiqa yg rm20 tu mcm mana ye.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Apa maksud status ni Encik? Yang Mesra tu saya cadang nak terminate. Yang Prima tu, macamana nak bagi status dia inforce semula? Lapsed itu apa maksudnya? Sekarang dah takda surat reminder jantar ke rumah..

    MSD0006142942
    Mesra Ridxxx Bin Zakxxxx 912.82 2017-09-02 APL 2035-03-01
    PRA0006299344
    Prima Ridxxx Bin Zakxxxx 360.00 2017-04-19 Lapse 2040-04-18

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Encik Riduan,

      Soalan saya:
      1. ada refer agent ke mengenai perkara ini atau ada refer mana2 branch?
      2. Mana En Riduan dapat info mesra dan prima ini?

      APL (Mesra) tu maksud mudah dia, penolakan tidak berjaya, jadi dipotong dari akaun simpanan terkumpul kita.

      Lapsed tu maksud mudah dia 3 bulan tunggakan, so berlaku pembekuan manfaat dalam polisi tersebut. kena selesaikan tunggakan baru aktif semula polisi.

      Nak terminate;
      1. Bawa buku polisi (jika ada) ke ana2 branch terdekat dan teruskan proses termination

      Nak aktifkan yang lapsed;
      1. Buat pembayaran yang tertunggak di branch berdekatan.

      Kemungkinan reminder tidak sampai:
      1. sudah berpindah dan alamat sudah bertukar
      2. Alamat surat menyurat bukan yang tertera di polisi bukan alamat tuan (mungkin alamat agent atau branch) boleh semak di polisi.

      Boleh semak Jumlah tunggakan di Branch. Saya prefer terus direct ke Branch atau minta agent uruskan. Call biasanya lambat dan info tak berapa tepat.

      Sekian, harap membantu En Riduan

      Delete
  48. Kalau ambik polisi twin special, bla agk nya bonus akn msuk acc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Bby boleh refer di kaunter di cawangan berdekatan, sebab twin special di bawah product Etiqa Insurance. saya cuma handle Etiqa Takaful. sekian maaf tak dapat membantu.

      Delete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. salAM, saya nak tanya .. berapa lama tempoh untuk registration takaful etiqa? adakah tempoh registration takaful etqa & insurance etiqa mengambil masa yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, registration tak lama, 2-3 hari dah masuk dalam sistem. polisi akan dapat dalam tempoh 2 minggu ke satu bulan.

      Delete
  51. salaam.
    saya ambil polisi etiqa pada tahun 2012. polisi masa tu bawah konsep endowment. soalan saya, boleh ke kalau saya nak tukar polisi endowment sedia ada kepada etl? sebab produk endowment ni protection covered lebih kecil daripada etl tp sumbangan setiap bulan adalah lebih kurang sama. mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, product endowment dan product investment (Etl) adalah plan asas, jadi tidak boleh ditukar begitu saja.

      Product endowment ini lebih kepada jaminan perlindungan dan simpanan.
      Product ETL tiada jaminan simpanan sebab ia dilaburkan. sebab itu cover dia lebih tinggi.

      Cik/puan perlu kenal pasti mana yg lebih bermanfaat untuk puan kemudian boleh buat pilihan samada nak teruskan dua polisi atau fokus pada satu polisi sahaja.

      Sekian harap saya menjawab soalan.

      Delete
  52. Memang etiqa nie susah sngt kea na buat payment untuk matang???sy spatut nya sy dapat 27/7 bru nie ... bila sy call cakap paling lmbt sy akan dapat pertengahan bulan 8,lpas bulan lpan sy call,sy akan dapat pertengahan bulan 9 pulak,lpas tuu sy call pihak etiqa cakap paling lmbt sy akan dpt hujung bulan 10,semalam sy call pihak etiqa bagi alasan lagi,cakap paling lmbt pun sy akan dapat pertengahan bulan 11...sy xbleh masuk kelas kemahiran sebab payment sy xbleh na jelaskan,sy harapkan duit matang etiqa sy untuk sy jelaskan ,tapi pihak etiqa setiap kali sy tnya,bermacam alasan yang dibagi...mcm mana tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa cik/puan ada whatsapp saya mengenai perkara ini. semoga penerangan saya dapat membantu ya.

      Delete
  53. Salam bagaimana nak claim etiga yg dah lapse setahun lebih...7 tahun dgn byran 116 sebln...apa jln tbaik utk sy buat rayuan utk sekutang2nya mdapat sparuh hak sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, sepatutnya polisi yang dah lapse lebih setahun akan auto terminate. soalan saya

      1. tuan/puan masih buat pembayaran dalam tempoh lapse?
      2. tuan/puan dah stop buat pembayaran selepas 7 tahun?

      Cadangan saya tuan/puan untuk refer di branch berdekatan dan bawa sekali
      1. buku polisi
      2. no akaun bank

      Tanya di kaunter tersebut.
      1. status polisi
      2. berapa simpanan terkumpul
      3. berapa lama masa untuk duit dikreditkan ke dalam akaun

      kemudian dapatkan nama staff tersebut dan follow up.

      Sekian semoga penjelasan saya ini dapat membantu tuan/puan

      Delete
  54. Memang penipu bonus tak bleh ambil sehingga matang... Tau2 matang lepas 24 tahun.... Bukan 10 tahun... Dah ubah polisi katanyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sebelum kita ambil polisi dah memang stated tempoh matang. tak boleh tiba2 tukar. cadangan saya.

      1. refer semula polisi
      2. jumpa semula agent/staff yang kata polisi dah berubah
      3. terus ke branch/HQ untuk dapatkan kesahihan.
      4. Jika bercanggah, sila buat report polis dan bank negara.

      Suka saya tekankan, Syarikat tidak menipu, agent yang tidak bertauliah yang menipu. sekian.

      Delete
  55. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  56. Assalam En. Fariz,
    Saya nak tanya, kalau kita dah buat termination utk polisi insuran tu,adakah kita akan mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan yang telah dibuat?,ataupun sebarang lebihan potongan atau nilai serahan sekiranya ada..
    Harap dapat membantu, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, sebaiknya semasa nak buat termination tu en/puan semak dahulu berapa cash value yang ada dalam akaun simpanan. ambil nama staff berikut dan catit berapa tempoh yang staff berikan. (mudah nak follow up)

      1. En/Puan akan dapat cash value FULL
      2. tempoh paling awal 3 hari, paling lewat sebulan

      Delete
  57. Blh bg penerangan insurans yg diambil bila wat asb loan dgn maybank sbb klu xsalah sy... Mereka gunakan insurans etiqa takaful. Sy nk tau mcm mna pengiraan dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala produk MAYBANK yang melibatkan insurans/takaful akan diproses oleh ETIQA. ini kerana ETIQA adalah merupakan anak syarikat Maybank.

      Tentang pengiraan itu boleh rujuk Maybank.

      Delete
  58. salam en fariz,

    tp nk tny la..knp masih brlaku lapse wlaupun dh byar smua lapse tu? dn knp trlalu bnyk procedure nk bg lapse tu hilang??cawangan etiqa ad mmberitahu..apabila kita mmbayar lapse..full 3 bulan yg lapse tu..dn isi borang utk buang lapse tu..tp msih lg lapse..seolah2 meminta atau dalm bhsa mudah..memaksa custemer utk berhenti drpada mnruskan takaful..seolah2 etiqa memaksa ttpi pda hakikatnya..mcm prmainan spya custemer brhenti dengan kemahuan sndriri wlaupun dh brpuluh tahun byar takaful setiap bulan..

    pada pndangan en fariz la..bagaimana masalah ini harus d selesaikan? adakah dengan mengisi segala borang yg diinginkan akan menghapuskan lapse bayaran sedangkan bayaran masih dibayar oleh custemer walaupun lapse kerana pesanan oleh cawangan setempat supaya membayar dahulu walaupun tgh lapse?

    apa pndangan anda dn ape jalan pnyelesaiannya? sy ingin tahu pndngan anda sebagai ejen takaful etiqa..

    terima kasih kerana membantu en fariz

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam,

      Lapse = 3 bulan tertunggak
      Cara nak aktifkan semula = bayar semua yang tertunggak + borang pebgesahan kesihatan

      tak mungkin akan lapse semula sebab dah settle bayar 3 bulan + isi borang melainkan tuan masih lagi tak bayar 3 bulan. jika masih lagi berlaku boleh report ke HQ.

      biasanya sebelum lapse, dia akan melalui proses “pembayaran melalui akaun simpanan” jika ada. (yang ni kena hati2, takut habis disedut duit simpanan. bila masa nak terminate/pengeluaran sebahagian tinggal sikit je.

      Sekian, semoga bermanfaat.

      Delete
  59. Salam,en sy ada insurans takaful hero 15 personal accident,,klu sy accident langgar haiwan dan jatuh cedera patah bahu,dpt mc 3 minggu,,ada cover x plan insurans ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, boleh rujuk semula polisi atau trrus ke branch maybank buat tuntutan. maaf plan ni under maybank jadi saya kurang arif

      Delete
  60. Slm tuan.nk tanya..yg pelan twins special yg 3 taun skali dia byr tu biasanya bulan berapa ya diaccountkan
    Ke account kita..
    Adakah ikut tarikh kuatkuasa polisi atau mcamana..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, plan twin special di bawah plan insurans, boleh rujuk agent atau terus ke branch Etiqa untuk maklumat yg lebih tepat

      Delete
  61. bila bonus mabrur 2018 nk dimsukkn dlm akaun Tabung Haji pnyumbg ya ? bonus dr Tabung Haji dah masuk, bonus mabrur ni bila pula ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh semak semula polisi sebab mabrur punya bonus akan masuk selepas tahun ke3 polisi. untuk maklumat yang lebih tepat boleh terus ke branch atau minta agent yang uruskan.

      Delete
  62. salam en fariz..saya nak tanya..kalau sy nak kluarkan duit insurans sy sbelum tarikh matang boleh ke..start insurans 2014..plan lupa lah plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, boleh, puan terus ke branch dan

      1. isi borang
      2. berikan maklumat akaun

      Duit akan dikreditkan dalam tempoh 3 hari. paling lewat 2 minggu

      Delete
  63. Ini mmg win👏👏👏👏dulu pernah masa traning ramai2 paksa masuk etiqa insurans..dipaksa isi borang xtau siapa ajen dikalangan ramai2 tu...lepas tu dapat coll maklom nak buat pemotongan "SAYA CAKAP XNAK BORANG PULANGKAN BALIK SIAP AMBIL ALAMAT"tiba2 siap potong dlm slip gaji..mmg win cara ambil untung duit org ye..syabas etiqa insurans..SYABAS👏👏👏..TAHNIAH....siap tel pejabat kat KL tanya siapa ajen yang buat pemotongan tu..alasan y diberitahu xboleh cik rahsia..👏👏👏..jadikan crita pergi la pejabat insurans cakap nk brenti..akuan sumpah siap bagai menyusahkan org y teraniya..potong lepas 6 bulan baru buat mana pergi duit 6 bulan tu ea...👏👏👏...tahniah buat agen y terdesak nk duit org..SYABAS...SYABAS..SYABAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya jadi tuan saya dah report bank negara & polis, bukan apa, geram juga kalau saya yang kena macam ni. pemilik polisi berhak tahu siapa agent. mana boleh rahsia2. saya doa yang baik2 saja untuk tuan. semoga dipermudahkan segala urusan.

      Delete
    2. klu owner meninggal mn kita nk kesan agen sdgkn yg hidup pn agen lari2

      Delete
    3. kalau owner polisi meninggal boleh rujuk polisi. dalam tu ada no agent. lebih mudah terus sahaja ke branch Etiqa. agen lari2 ni saya tak boleh nak komen.

      Delete
  64. T.kasih tuan fariz petra..tu hanya luahan hati sahaja sebab dah terkena..tidak salah kan atiqa..cuma rasa tidak kepuasan hati terhadap agent sahaja lapar duit..masa start pemotongan tu ada la jugak follow up di branch & HQ dlm 2tahun lebih potongan tetap jaln seperti biasa..apabila ditanya pasal agent mmg ada ja alasan bekaup.terus buat pemotongan nak brenti dari etiqa..pergi la akaun sumpah bagai sebab xpernah dpt sijil insurans itu itu pon pemotongan ambil masa lama 6bulan juga..rupanya insurans twinn special (simpanan)jadi xdpat la balik duit y dh potong selama 2 tahun lebih tu atas alasan belom matang.. .rata2 bila ditanya agent xboleh bgtahu siapa mungkin disebabkan luahan sakit hati ketidakpuasan hati mungkin ada yg nak menyelamat agent tersebut atau etiqa sendiri...tq tuan fariz petra...

    ReplyDelete
  65. Salam tuan fariz, saya ada bayar plan etiqah diamond, baru2 ni sy kemalangan,tak masuk wad, tetapi mc 7 hari, boleh claim ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer semula polisi atau terus ke branch Etiqa untuk maklumat yg labih tepat. maaf saya kurang arif plan etiqa diamond.

      Delete
  66. Salam tuan, nak tanya saya cek online akaun insuran takaful saya dah lapse tapi saya tak dapat apa2 notis dari etiqa sebelum ni. Macamana saya nak hidupkan kembali akaun insuran saya sebab saya bayar baki tunggakan dan isi form sepert etiqa minta semalam dan masih belum mendapat apa2 maklumbalas dari pihak etiqa lagi sampai ke hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya puan buat payment terus di kaunter untuk proses yang lebih cepat. dan follow up juga di kaunter. (sepatutnya kerja agent puan)

      Delete
  67. Saya nak tanya, bolehkah kita periksa polisi yang telah kita terminate atau auto terminate. Dulu saya ada 2 polisi di Etiqa, tapi sudah lapsed dan satu lagi saya terminate sendiri. Saya cuma nak tahu berapa banyak jumlah yang saya telah sumbangkan.

    Lagi satu, apa pendapat Tuan mengenai produk yang boleh dilanggan secara online. Sekarang ni Etiqa ada produk yang boleh dilanggan secara online yang menawarkan perlindungan asas—DeathBbenefit dan TPD Benefit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti polisi yang dah terminate boleh semak semula atau tidak. samada rekod masih lagi wujud atau tidak. boleh refer di mana2 branch tuan untuk maklumat yg lebih tepat.

      Soalan kedua, pandangan saya jika tuan faham dengan benefit atau boleh uruskan sendiri jika berlaku apa2 tiada masalah. jika tuan tidak yakin, boleh refer pada mana2 agent yang tuan yakin dengan servis beliau.

      Delete
  68. Tuan sy ade amek polisi mabrur. Agent sy tak dapat di kesan lagi. Boleh tak sy nak tanya macamne nak tukar agent? Lagi satu saya ade bace pasal bad mabrur. Boleh tak sy nak tau lebih terperinci pasal mabrur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan farhanim boleh terus ke branch untuk proses pertukaran agent. untuk benefit mabrur secara ringkas boleh check pada entri saya berkenaan Mabrur.

      Delete
  69. sy akn terminate mabrur sy. sy bukan nak menghasut, tp sdgkn sy yg agen dpt dikesan pn, bukannya dia nak mengaku, dlu masa suruh masuk, sebok sembang benefit, tak pulak sebut hal risiko. takpayah la tukar agent, bt rugi sje. sy dah labur rm9k. total cash value sy nak terminate skrg ad la dpt dlm rm500. polisi ap pun tak tau, kata nak tolg org xpt pergi haji, tp habis duit tabungan haji kita disebat. terminate je la dpd bayar beribu ribu pd dorang ni. dlu agent sy terang ini 100% simpanan, walhal duit tu salur pd perlindungan lbih byk dpd simpanan. bila mntk penjelasan, dia sbut itu sebagai amal jariah. tak tau konsep ap pakai, amal jariah smpi diri sendiri tercekik. better stop je mabrur ni. patut polisi ni, bg nama melebur, bukan mabrur. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum kita register mana2 produk. seeloknya kita betul2 faham apa yang kita ambil. Agent kena main peranan explain betul2 sampai faham. mabrur ni produk jangka masa panjang. makan masa 15 ke 20 tahun. dan kita ada bagi benefit untuk yg nak menunaikan umrah/haji. tujuan produk ini untuk menunaikan haji&umrah secara pakej, bukan muhassasah. en/puan boleh refer entri saya berkenaan produk mabrur. saya doakan segala urusan tuan/puan dipermudahkan.

      Delete
  70. Berkenaan dengan twin special, bila sudah matang apa yang saya akan daat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf puan, twin special saya kurang arif. boleh refer semula polisi/pihak yang recommendkan puan polisi ini

      Delete
  71. Berapa lama masa yg diambil (min/mak) pihak insuran ambil untuk membayar tuntutan kemalangan yg belaku pada julai2016. Segala document telah diserahkan termasuk stem hasil. Tapi malangnya hingga sekarang pihak kami masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak agen sebaliknya mereka pula yg minta no fail dari kami.harap tuan dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuntutan paling cepat 2 minggu jika semua dokumen lengkap. paling lewat 2 hari. cadangan saya puan terus sahaja ke branch Etiqa berdekatan. di sana maklumat lebih tepat kerana mereka boleh terus semak sistem. (minta agent puan uruskan semua ni)

      Delete
  72. Boleh bantu saya tak?ada beberapa soalan yg hendak ditanya mengenai insurance ni

    ReplyDelete
  73. boleh inshaa Allah, apa soalannya.

    ReplyDelete
  74. Salam En Fariz..
    Saya ada mengambil PA Etiqa Takaful
    Bagaimana hendak buat tuntutan?
    Kes yg bagaimana yg dikira hilang upaya kekal?
    Ikut maklumat doktor kaki saya yg patah byk ni akan memakan masa hampir setahun utk pulih tetapi tidak ada jaminan pulih 100%..?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, semasa register PA ini puan register di Maybank atau Branch Etiqa? Boleh refer semula di tempat tersebut dan hantarkan semua dokumen yg mereka perlukan.

      Delete
  75. Assalamualaikum wrt
    Salam sajahtera

    Saya apply privelage takaful etiqa Maybank
    Setakat Hari ini semua claim kemalangan Dy Buat tuntutan di Maybank
    Perkara penting
    Semasa Buat rawatan bawa borang claim sekali
    Minta doctor isi
    Ada yg kena caj Ada yang free
    Caj masuk sekali dalam bil rawatan
    Kena bayar dulu
    Dan etiqa akan bayar semula selepas borang diproses biasanya Saya terima bayaran 12 Hari bekerja.

    Saya rasa mereka Ada anak masih sekolah elok ambil
    Jika kemalangan disekolah atau mana2 Kita boleh claim duit ubat Dan rawatan maks RM 400 minimum RM 100 bergantung pada bil.
    Rujuk Maybank untuk lanjutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, terima kasih puan atas perkongsian.

      Insurans/Takaful ini bagus jika kita faham manfaat & tahu bila kita boleh gunakan. pastikan faham dengan semua syarat2 yang dikenakan sebelum ambil.

      Delete
  76. Salam, saya ada seorang kawan yang dah buka insurance pendidikan untuk 3 orang anak beserta insurance nyawa yang mana semuanya dibawah Etika insurance. Apabila insurance pendidikan yg dbuat untuk anak pertama telah sampai tempoh matang mereka tidak menerima sebarang pembayaran daripada pihak Etika yang mana sepatutnya berhak untuk dituntut selepas sampai tempoh matang. Disini saya melihat ini merupakan satu penipuan yang dibuat oleh syarikat Etika yang mana telah menganiayai pelanggan. Ini baru satu, beliau masih mempunyai 3 lagi baki insurance di bawah etika dan tak tahu apalah nasib 3 baki insurance tersebut adakah akan belaku perkara yang sama seperti yang dinyatakan atau tidak.

    Pihak Etika mengatakan akan menyelasaikan kiraan selama sebulan tapi dah lebih 2 bulan masih tidak menerima sebarang maklumat lanjut dari pihak Etika, malah beliau menerima panggilan bahawa duit telah disalurkan ke akaun tetapi setelah diperiksa beliau mendapati tidak menerima sebarang penambahan wang di dalam akaun. Pada keesokan hari setelah buat panggilan mereka mengatakan bahawa wang tersebut berupa cek yang telah diposkan ke alamat..disini terdapat beberapa maklumat yang mengelirukan.

    Saya berasa kesal dengan pengurusan yang dibuat oleh pihak Etika insurance yang tidak professional dan menganiayai pelanggan lebih2 lagi beliau yang boleh dikatakan pelanggan setia yang mana semua insurance berada Di bawah Etika. Saya dan kawan2 baru saja berniat nak buka insurance nyawa di bawah etika tapi setelah mendapat tahu perkara tersebut timbul rasa ragu2.

    Saya berharap perkara tersebut dapat di selesaikan dan tak berlaku pada pelanggan lain demi kebaikan dan masa depan syarikat sendiri. Sedih bila tengok beliau kerja keras untuk sara anak belajar dan makan minum anak di IPT yang memakan kos yang sngat tinggi.

    Sekiranya masih begini saya sendiri yang akan bertindak sama ada buat aduan atau lebih agresif, xsanggup tengok pelanggan2 lain dianiaya lebih2 lagi saudara semuslim.

    Sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih atas perkongsian, semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

      Ada beberapa point yang suka saya tekankan di sini.

      1. Tugas Agent. pentingnya agent ini bila melibatkan proses daripada HQ, berurusan di kaunter dan pengurusan claim. bukan hanya bercerita mengenai produk, sign, dan hanya makan komisen bulan2. Perlu juga tahu bila agent sudah tidak aktif. polisi tuan/puan akan berpindah tangan kepada leader agent tersebut. Penting juga untuk tahu siapa leader (boleh juga refer di branch/HQ)

      2. Tanggungjawab client. Kita yang keluarkan duit. Kita yang bayar bulan2. kita juga kena ada tanggungjawab untuk pastikan payment kita lancar. manusia itu sifatnye tidak sempurna. memang akan ada terlepas pandang. tidak salah kiranya client ambil peranan untuk monitor payment sendiri. supaya jika ada apa2 masalah, segala bukti tuan/puan sudah rekodkan.

      Untuk masalah rakan tuan/puan di atas bagi saya ada masalah miscommunication. ikut pengalaman saya. jika tempoh sudah matang. pertama sekali kita kena update no akaun (kemungkinan akaun lama sudah tidak aktif/ada akaun baru) bila gagal bank in ke dalam akaun. inisiatif kedua, company akan issue cek ke alamat rumah. Maka alamat rumah juga perlu dikemaskini.

      Dan seperti yang saya terangkan di atas. Ini adalah tugas agent. Sekian

      Delete
  77. Slm...insurance etiqa Mesra yg saya ambil akan matang pada Jun 2018 iaitu selama 20 tahun tempoh.Pada 8Mei 2018 saya cuba daftar akaun dilaman web etiqa untuk melihat status insuran Mesra saya dan saya terkejut dgn status Lapse potongan hujung 2014 yg pelik status potongan monthly saya buat auto debit atau SI macamana bole jadi manual directly sedangkan sejak dari mula tahun 1998 saya buat auto debit potongan bank akaun setiap Bulan.Setelah 16 tahun terjadi Lapse ini tanpa saya sedari.Oleh itu saya telah pergi Branch etiqa yg terdekat diPutrajaya utk memberitahu permasalahan ini.Dikaunter saya telah dimaklumkan Lapse auto dan staff tersebut tidak dpt beri jawapan kenapa terjadi begini.Selepas Lapse tu pihak telah hantar satu cek pada tahun 2015 tapi tidak menerimanya sebab saya dah berpindah ke alamat lain dan saya terkilan kena tidak call saya atau email saya.Staf etiqa dikaunter syorkan terminate segera walaupon sebulan lgi matang tetapi dah Lapse pada hujung 2014.Saya telah isi 2 form auto debit refund utk dpt balik duit dari cek yg saya tak terima sbyk Rm8xxx Dan lgi satu form auto debit refund sebyk rm1xxx yg masih terpotong dari akaun bank.Selepas hampir 2 minggu saya menerima byran balik yg Rm1xxx tu aje
    Dan tidak menerima lagi yg rm8xxx.Oleh itu bilakah saya akan terima bayaran balik yg lgi satu tu.Semasa berurusan dikaunter tempoh hari saya hanya bawa IC sahaja dan Polisi tidak diminta dikembalikan.Sepanjang tempoh insuran saya tidak dapat manafaat pulangan keuntungan duit langsung dan rugi lebih Rm1xxx bagi buta2 pada etiqa percuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam saudara otai ben, terima kasih atas perkongsian. sedih juga saya dengar cerita tuan sebab dah kumpul lama sekali semak semula tau2 dah lapse. balik semula peranan pada agent sepatutnya yang perlu semak status client2 mereka. saya percaya agent tuan juga dah tak aktif seperti yang lain2.

      kemungkinan lapse sudah saya terangkan seperti sebelum ini.
      1. ada tunggakan
      2. pertukaran sistem, GST, Kad ATM baru, GST 0 semula dan sebagainya yang melibatkan sistem

      Tuan ada juga sebut check tidak diterima dan tidak menerima panggilan atau mesej. dan ia juga kemungkinan disebabkan
      1. pertukaran alamat
      2. pertukaran no telefon
      3. pertukaran akaun bank

      maka sebenarnya perlu untuk kita update apa saja pertukaran untuk kemudahan semua pihak. dan jika semua di atas tidak terjadi kepada tuan boleh terus buat laporan kepada BANK NEGARA MALAYSIA.

      Soal bila duit akan dapat itu kena rujuk semula pada pihak HQ/tempat tuan berurusan.

      Semoga menjawab persoalan tuan.

      P/s : Maaf lambat reply. puasa dan beraya. =P

      Delete
  78. As salam...maaf ...sy nak bertanya berkaitan Twin Special Plan...
    - bagaimana sy nk keluarkan simpanan tu...
    - tempoh plan 24 tahun...boleh stop awal x ?
    - sblm ni byran potongan gaji....bagaimana jika nk buat byran sendiri...mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, maaf puan hanim. twin special di bawah ETIQA INSURANCE, saya boleh bantu jika ia berkaitan dengan ETIQA TAKAFUL sahaja.

      Boleh rujuk semula di mana2 branch Etiqa yang berdekatan

      Delete
  79. Sy claim.insurans etiqa plan PA personal.accident pon.senyap.je xdpt apa pon,,claim.yg perkeso boleh plak.coz jemaah.doktor perkeso bg 4% cacat kekal...yg insurans personal.xdpt plak..merapu la etiqa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. PA adalah di bawah produk Maybank, Etiqa cuma uruskan pembayaran pampasan. jadi pastikan En Zaini serahkan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak Maybank. jika dah buat buat serahan. minta mereka berapa lama tempoh yang diperlukan untuk dapat duit claim. contoh mereka berikan tempoh sebulan. selepas sebulan kita follow up semula.

      Delete
  80. Salam encik fariz,,klu mcm sy amek.insurans etiqa kat maybank,,aritu dh antar semua dokumen,,tggu jawapan jer xsmpai lg,,klu sy g kat etiqa sendiri tnya status insurans sy ble claim ataw x boleh ke,,,1 lg diaorg terima x laporan jemaah doktor perkeso yg sy dpt,,coz laporan jemaah doktor mengatakan peratus sy cacat kekal 4%,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam en zaini, boleh. sebaiknya kita terus berurusan di kaunter. cuma kena kenal pasti tuan ambil di MAYBANK atau di ETIQA? boleh rujuk di mana2 branch berdekatan.

      Delete
  81. Hi..sy ada ambil pelan etiqa twin specil untuk dua orang anak. potongan bayaran dipotong melalui potongan gaji. saya nak tahu, bayaran mmg dibuat setiap bulan tapi sy terima surat yang insurance dah lapse..hbs tu duit potongan tiap bulan tu pg mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, maaf saya kurang arif mengenai twin special. sebaiknya cik/tuan terus berurusan di mana2 branch yang berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.

      Delete
  82. apa maksud 100 tahun insurans matang?

    ReplyDelete
  83. Salam tuan,sy Ada ambil etiqa pa plus pada 17/07/2007 montly 20.50,plan sy akan tamat pada 18/07/18,tanpa Ada sebarang tuntutan kemalangan,bolehkah sy dpt kembali duit tersebut selepas tempoh matang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya cadangkan tuan berurusan terus di kaunter kerana ini melibatkan proses, pastikan tuan dapat info yang tepat.

      sila konfirmkan,
      1. ada simpanan atau tidak
      2. ada apa2 manfaat tambahan atau tidak.

      Delete
  84. Salam kalau hendak mintak tolong tuan buat semakan status insurans sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf tuan. saya agak sibuk uruskan client saya sendiri. boleh minta tolong agent tuan/puan uruskan. jika agent sudah berhenti boleh terus refer di branch yang berdekatan.

      Delete
  85. Tuan nak tanya macamana untuk batalkan polisi sedia ada. buat masa ni saya ambil hero 15. start oktober 2015. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero 15 di bawah produk Maybank, boleh terus refer di cawangan Maybank yang berhampiran dan minta mereka terminatekan.

      Delete
  86. Etiqa takaful...kenapa ada ejen lain dlmnya spt great Eastern...MCIs ...bukankah Etiqa sendiri boleh berdiri sendiri....susah nak apply...masalah tuntutan byk...prosedur...dari bawah ke atas tggu report Etiqa ...bolehkah Etiqa sendiri pegang agar mudah customer .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan ahmadan, tuan maksudkan General(kenderaan) atau Life(takaful hayat)?. General memang semua agent boleh masuk Etiqa, Life HANYA agent ETIQA TAKAFUL sahaja, tiada agent lain.

      Etiqa Takaful bernaung di bawah Maybank (syarikat tempatan). kita tidak bergabung dengan Great Eastern. Great Eastern berdiri sendiri. boleh refer google tentang bagaimana wujudnya Etiqa.

      tuan ada sebut 'susah nak apply', boleh saya tau tuan apply apa ya? Masalah tuntutan ini boleh refer pada komen saya sebelum ini. semua company menghadapi procedure yang sama. dan suka saya tekankan tugas agent untuk mempercepatkan proses dan membantu membuat tuntutan.

      Delete
  87. Polisi insurans dengan MAYBAN LIFE - ETIQA LIFE INSURANCE BERHAD. Ini adalah polisi yg sy ambil skrg. Autodebit deduct dari akaun bank sy sebanyak rm100. Start deduct dari tahun 2014. Boleh sy tahu mcm mana sy nak terminate polisi tersebut? Sbb sy dah tak berminat dgn polisi tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslam. sya jugak ambik plan yg sama di atas. cuma berbeza autodebit dri akaun saya RM200. dh 3 tahun sya bayar. agen pn dh lari. skrg nie buntu nk terminate polisi utk dpt balik bayaran penuh mcm mna.

      Delete
  88. Aslmkm..tn..berkenaan dgn nilai serahan/pembatalan..bagaimn cara kiraan jumlah yg akan sy terima...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, boleh semak di branch yang berdekatan

      Delete
  89. Assalammualaikum..ble mintak tlg cek saya pnya status insurans x? Sbb dlu apply melalui surat yg dikirim oleh etiqa takaful..risau la plk yg premium dibayar setiap bulan tu sbnrnya bkn btl2 dr etiqa takaful.. Dah la murah dlm rm20 ++ je. Hrp jasa baik tuan dpt membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, saya agak ini mungkin produk dari Maybank. Saya sarankan tuan terus ke mana2 branch maybank yang berdekatan, berikan no IC dan semak ada tak apa2 polisi. Sekian harap dapat membantu

      Delete
  90. Assalamualaikum
    Tarikh 27/12/2017 sy telah dilanggar lari, cedera di beberapa anggota badan dan putus sepenuhnya ibu jari tangan sebelah kiri,02/01/2018 sy membuat laporan Polis dan mendapat Salinan report. Awal bulan February 2018 sy telah menerima laporan kesihatan penuh oleh hospital yg merawat sy,dan awal February juga sy telah menghantar Segala dokumen yg telah di lengkap Kan untuk tujuan membuat Segala tuntutan, awal bulan March sy telah didatangi oleh adjustment company,tujuan beliau menemuduga sy, bawa ke tempat kemalangan dan mengisi beberapa Soalan yg diajukan Dr pihak adjuster.. Selepas bulan April, sy kerap bertanya perihal tuntutan sy dan jawapan pihak etiqa hanya 1 'tggu adjuster' sy terima dan tidak pernah menganggu etiqa, selepas beberapa Hari sy membuat panggillan ke adjuster tapi diberi Kan pelbagai Alasan, akhirnya setelah me rujuk ke pelbagai pihak..pada tarikh September 2018 Sy melantik syarikat guaman untuk menghantar notis percepatkan pembayaran tuntutan. Tapi jawapan Dr pihak etiqa sgt mengecewakan'u boleh proceed summons'. Dan seminggu sebelum sy fail kan Saman, sy telah di hubungi beberapa kali oleh pihak etiqa untuk menarik semula Saman. Pihak etiqa juga menghantar email dan surat tawaran pampasan berserta syarat. 31/102018 sy telah fail Kan Saman dan 28/11/2018 sebutan kes.. Persoalannya kenapa bila fail kan Saman baru etiqa bergegas hendak jelaskan pembayaran.. Adakah Adil bagi Mangsa kemalangan seperti sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, terima kasih atas perkongsian tuan. Jelas tidak adil tuan. sebab tu selalu saya sarankan seperti komen saya sebelum ini.

      1. Selalu follow up dan ambil nama staff/pegawai
      2. Jika masih tiada respons, maklumkan pada mereka kita akan report pada BNM.
      3. Jika masih sama, Boleh proceed laporan dan saman.

      Tahniah atas tindakan tuan. yang benar saya galakkan, yang salah saya tegah.

      Delete
  91. Aslkm...mcm mna nk tamatkan policy insurans cuepacs

    ReplyDelete
  92. Saya ambik dari tahun 2008 suri pelan + simpanan bayaran bulanan dalam 170++ adakah cara untuk saya bertukar ke pelan medical card??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan saya lebih baik ambil Pelan medical card + Pelan baru. Pelan Suri ini tuan/puan boleh semak di branch Etiqa yang berdekatan berapa cash value yang puan dapat selepas tamatkan polisi atau puan boleh tunggu sehingga pelan SURI capai tempoh matang. So ada double protection, SURI + Medical Card. Pilihan tuan/puan nak yang mana.

      Delete
  93. cik tolong masalah ayah saya puya ayah saya dah redhal penat dah saya yang kena tolong sampai saya pon dh rasa nk putus asa dh totol lose owne xbleh buka akun bank malaysia wkk 6486 trik accident 25.04.2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf cik/tuan, saya tak berapa jelas dengan soalannya, jika berkaitan dengan claim boleh terus ke branch Etiqa yang berdekatan untuk berurusan.

      Delete
  94. Salam encik. Sy merupakan pencarum utk plan twin special lebih kurang dh 9 tahun. Kalo kata sy nk terminate n polisi asal tiada dlm simpanan ada masalah x?
    Dan kalo sy terminate brapa % dr nilai caruman yg sy dpt blik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar kat etiqa.my.. boleh tengok kat situ berapa nilai cash surrender tp dlm tu cuma anggaran je .. sy baru terminate sbb nk ambil plan baru.

      Delete
    2. Terima kasih atas pencerahan, ataupun boleh terus ke mana2 branch berdekatan untuk semak berapa cash value.

      Delete
  95. Nak melancong dengan kawan-kawan ke Thailand dengan kereta.Berapa hari sebelum bertolak,kita kena ambik/beli insuran travel tripcare 360 di kaunter?

    ReplyDelete
  96. Aku pernah ambil insuran etiqa takaful tahun 2009, plan aku da tak ingat. masa tu tak tahu apa2 pasal insuran polisi. aku ambil masa di pwtc. Masa tu umur muda sangat 21 tahun. Premium rm 80.00 perlindungan dan simpanan. Ejen pujuk ambik. Psiko gila2. masa tu tak ada bagi fikir langsung. Muda belia, x ada pengalaman sangat. Ambik la sebab ada simpanan bukan nak insuran. Gaji masa tu seceput rm700.00. semput juga nak bayar. Lepas tu aku dapat tawaran belajar. Aku dah sayang nak berhenti, fikir aku dah labur duit kat simpanan. Atas faktor kewangan aku terpaksa. Masa tu ejen da tak ada, memang dapat je polisi terus hilang ejen tu. Tak update apa2. Geram gile. Time aku nak berhenti siksa ye.kena pergi branch etiqa, isila form. Time nak masuk manis mulut semua di uruskan. Ingatkan insuran da berhenti automatic debit batal. time baru masuk belajar, duit aku ngam2 rm 80.00 kena tolak auto debit. Nangis aku time tu tak ada duit. Aku call bank, bank cakap kena pergi bank sendiri isi form untuk pembatalan auto debit. Duit dapat sikit rm 100++ dan rm 80.00 insuran yg d tolak tu. (Itu serba sedikit pasal ambik insuran).

    Produk insuran tak salah, kena faham polisi. Baca dan tanya ejen sampai paham. Kita bayar komisyen kepada mereka. Mereka perlu terang dan uruskan kita. Jika ejen tak ada/berhenti cari leader ejen itu. Selalu keep in touch dengan ejen. Ada ejen setiap tahun akan bagi kalender dan diari kepada pelanggan.

    Ejen tak guna bila kejar komisyen dan paksa bakal pelanggan ambik dengan mereka. Aku tahu insuran nie penting umpama kita menanam benih pokok dapat hasil jangka masa panjang.

    Aku pernah minta quotation niat nak ambik plan nak tahu harga premium dan pelindungan setiap insuran. Mula la keluar fatwa company a,b,c nie tak bagus. Aku reject awal2 ejen macam nie.

    Dulu aku ambik insuran aku nampak simpanan. Sekarang aku ambik insuran nak kan perlindungan.

    Pengalaman aku, ambik la ejen insuran full time. Part time bukan tak bagus, ada je yang bagus. Tapi banyak yang tak bagus. Dapat pelanggan terus hilang. Kalau ada pun tahan la setahun dua. Lepas tu hai2 bye2.

    Tolong baca polisi.

    Note : aku bukan ejen insuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian, semua tips yang tuan kongsikan itu semua betul, pilih agent yang tepat/percaya.

      Delete
  97. Hi En Fariz,

    recently ada dpt mesej dari no 63633 mcm ni

    RM0.00 Etiqa, wef9jan19, your premium contribution will be deducted daily, if unsuccesful please ensure adequate fund in your account for deduction purpose.

    Tapi saya dah setahun terminate insurance dgn Etiqa. Etiqa akan hantar mesej macam ni untuk customer ka atau ini ada lah scam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya belum dapat pengalaman ini, sebaiknya tuan/puan terus call Etiqa untuk dapatkan kepastian.

      Delete
  98. Salam en.Fariz,sy nk tanya sdikit..bukan ke sbulan skali kena caj auto takaful,sy ni dh 3x kena dah bulan ni..ejen bgitau hari tu 1x je sbulan..hairan sy,duit nk buat makan pun habis kena telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, bila kita sign up cara pemotongan auto debit, maknanya Company akan potong bila ada duit, contoh, ada dua bulan tunggakan, bulan ni sekiranya ada jumlah yang cukup, potongan itu akan dibuat untuk semua tunggakan.

      Jadi penting sebenarnya untuk kita monitor payment every month, tips untuk elak dipotong banyak kali = keluarkan duit siap2 dari akaun.

      Delete
  99. Salam,

    Saya join etiqa Mabrur dah masuk 6 tahun dan plan untuk stop kerana telah 3 tahun saya berhempas pulas hubungi etiqa untuk dapatkan bonus yang sepatutnya dibayar secara automatik ke tabung haji. Jadi saya telah buat keputusan berhenti dan saya akan rugi sekitar RM2400 x 6 tahun = 14 ribu lebih. Apa nasihat tuan, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,

      Soalan pertama saya, dimana agent?

      Cadangan saya, tuan terus direct ke mana2 branch berdekatan dan terus berurusan dengan staff dan dapatkan penjelasan dari mereka. mana mungkin bonus tak masuk sebab dah 6 tahun. Saya pun boleh naik angin.

      Kemungkinan yang paling saya tak suka, Tuan/puan buat pembayaran melalui agent/auto debit?

      Delete
  100. salam.
    masa saya masuk etiqa harmoni 4 tahun lebih dulu ... boleh2 ejen minta deposit 1 bulan pembayaran. kalau lulus kad kredit, etiqa akan pulangkan. sampai sekarang x pulangkan tu. call2 tak angkat. masa nak lulus tu polisi... dia pi hold lama2 tu polisi sampai berbulan2. ejen tu takut saya terminate awal dlm tempoh beberapa hari setelah lulus dan duit untuk setahun etiqa akan pulangkan.

    selepas 4 tahun, saya surrender. apa yang saya dapat cuma 20%. jadi saya rugi 80% + deposit. kenapa mcm tu? klu tahu rugi mcm ni, baik takyah ambik awal2. duit sendiri kot... bukan pinjaman. baik simpan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih atas perkongsian.

      Tips mudah, Jika ada rasa sangsi/dipaksa, jangan proceed, kita yang tentukan apa yang kita ambil.

      Delete
  101. Proses keluarkan separuh dari simpanan insurans memang lama ke

    ReplyDelete
  102. Salam en Fariz Petra. Saya nak tanya, mungkin lari sikit drpd topic post ni. Saya dpt tawaran interview untuk position assistant sales manager di Etiqa. Adakh jawatan ni sama dgn PFE/PFA? N basic gaji untuk position ni berapa biasanya?

    ReplyDelete
  103. Bos nak tanya. Sy join insuran etiqa tahun 2010... sebulan rm87.63. Kalu saya mahu tamatkan polisi awal sebelum tempoh matang . Sy kena bayar kepada etiqa utk tamatkan polisi.
    Nak tahu brp jumlah yg sy dapat selepas penamatan polisi.
    Brp lama proses pembayaran kepada sy selepas tamat polisi

    ReplyDelete
  104. Sy masuk insuran etiqa dari 2006.. dividen cuma sekali je dpt.. tmpoh matang 3 tahun.. tp ni dah bertahun2.. dah pg pejabat etiqa siap pg bank update yg dia suruh lpas tu dia ckp duit msuk dlm sebulan tp sy tgu dah setahun setengah.. kna tipu atau ape tu.. xde pn info dari etiqa..

    ReplyDelete
  105. Sy masuk insuran etiqa dari 2006.. dividen cuma sekali je dpt.. tmpoh matang 3 tahun.. tp ni dah bertahun2.. dah pg pejabat etiqa siap pg bank update yg dia suruh lpas tu dia ckp duit msuk dlm sebulan tp sy tgu dah setahun setengah.. kna tipu atau ape tu.. xde pn info dari etiqa..

    ReplyDelete
  106. betul kah acc MNI dahulu telah di tukarkan ke etiqa

    ReplyDelete
  107. Sy putus ibu jari tgn kanan 1/2jari dari 1 ruas..adakah sy hilang upaya kekal..

    ReplyDelete
  108. Salam..saya nak tanya berkenaan Insurans berkelompok utk guru2..saya dah buat attemt utk terminate awal thn hari tu..tp dipujuk cust service supaya stay je..
    Saya rasa nak terminate sbb mcm xtau apa2 psl ni (manfaat etc)..
    Saya joined Dec 2009..
    Kalau saya stop rugi ke..tempoh matang bila..
    Tqvm utk maklumbalas Tuan..

    ReplyDelete
  109. Salam.. saya ada membeli insuran (Education Plan) untuk anak saya. Pada tahun 2014 ianya telah matang tetapi saya tidak menyedarinya.

    Oleh hal yang demikian, saya membuat pertanyaan / tuntutan di HQ pada pertengahan tahun 2019 ini dan telah mengisi borang yg berkaitan dan seterusnya menghantar borang berkaitan melalui email ke HQ, akhirnya email saya dibalas dan diberitahu bahawa dalam rekod etiqa, cek telah dikeluarkan dan telah ditunaikan pada 2014. Masalahnya saya tidak menerima cek tersebut.

    Apakah yang perlu saya buat sekarang?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  110. Salam... Nk tanya. Thn lps ada sorang agent promote etiqa takaful kpd saya melalui panggilan telipon. Adakah hanya dengan panggilan pihak insurans boleh membuat pemotongan dr acc bank saya? Setelah hampir setahun br sy perasan yg etiqa takaful telah memindahkan sejumlah wang dr acc saya. Seingat saya, saya xpernah berjumpa@membuat sebarang tandatangan @ berkongsi kad acc bank. Saya amat terkilan n ingin penjelasan dr pihak tuan.

    ReplyDelete
  111. Polisi insurans saya akan matang pada 27 Oktober ini. Walau bagaimana pun, apabila saya memeriksa akaun saya secara online pada hari ini (25.10.2019), saya amat terkejut kerana terdapat sejumlah wang yang dikreditkan oleh pihak Etiqa. Namun jumlahnya hanya 1/3 daripada jumlah yang telah dimaklumkan oleh pihak Etiqa. Saya tidak pernah menuntut apa-apa claim sebelum ini. Boleh jelaskan hal ini tak?

    ReplyDelete
  112. Tuan agen dimana etika takaful

    ReplyDelete
  113. Tgk dari keluhan rakan rakan etiqa insurance dah banyak masalah... Maybe ihave terminate my policy..dari 2007 ambik sekarang dah ada masalah... Banyak bersebab... Dan ALASAN. Dulu senang je dapat yg bonus 3 tahun sekali sekarang... Berbagai ALASAN selepas 13 tahun melanggan!!

    ReplyDelete