Assalamualaikum.
Ini kisah Othman.
Di zaman pengangguran yang berleluasa telah menjadi punca kepada keperluan hidup sesetengah golongan dewasa. Sama kesannya kepada Othman yang bertambah malang nasibnya kerana tidak mempunyai SPM.
Satu hari Othman mencuba nasib minta kerja sebagai tukang sapu di sebuah pejabat di bandar dengan harapan yang menggunung tinggi. Malangnya Othman tiada kelayakan kerana kerja sebagai tukang sapu memerlukan paling minima SPM. Othman mula berfikir, jika tukang sapu pun perlukan SPM, bagaimana pula dengan kerja di pejabat?
Jadi Othman mula berniaga buah buahan yang ada di kebun. bermula dengan kecil-kecilan. Alhamdulillah, rezeki Othman melimpah ruah daripada kecil-kecilan makin berkembang meluas. Dari jual rumah ke rumah, kini Othman ada modal untuk buka di pasar.. Othman mula mendapat pendapatan yang agak bagus dan berupaya untuk buka gerai sendiri.
Hampir dua puluh tahun berniaga, kini Othman sudah bergelar jutawan dan mempunyai sebuah syarikat buah-buahan yang dinamakan sempena nama beliau sendiri Syarikat Othman Sdn Bhd. Othman kini berurusan dengan pelbagai syarikat ternama berkenaan urusan buah buahan beliau. Ini kerana perniagaan beliau telah berjaya untuk dieksport ke luar negara.
Pada suatu majlis makan2, ketika berbual dengan beberapa rakan CEO nya, ramai juga dari kalangan mereka yang menyatakan puji pujian pada Othman kerana beliau telah menjadi seorang manusia yang begitu berjaya. Kemudian salah seorang daripada mereka berkata.
" Wah Othman, mestinya engkau ni berkelulusan tinggi tahap PHD kerana telah berjaya sebegini rupa "
Kemudian Othman berkata " Kalau aku ada kelulusan dulu.. aku akan jadi tukang sapu sampai bila-bila! "
Terserah kita untuk buat pilihan demi kebaikan kita satu hari nanti, ^_^
Gambar hiasan. saya peminat U.A.I. hehe
No comments:
Post a Comment