Nuffnang Ads

5 Tips untuk memilih Syarikat Takaful terbaik di Malaysia



Assalamualaikum. 
Orang Malaysia kini sudah semakin celik dengan sekeliling mereka, sebelum menyertai apa apa, mereka akan buat beberapa kajian terlebih dahulu. Untuk mereka yang sedang buat perbandingan.
Di sini ada 5 tips mudah untuk anda menilai syarikat takaful yang terbaik :

1. Latar Belakang Syarikat
Pentingnya latar belakang adalah supaya kita tahu kemana sumbangan kita disalurkan. Jadi anda perlu jawab persoalan ini bahawa adakah syarikat tersebut ditubuhkan di Malaysia/Luar Malaysia? Ianya sangat penting kerana sumbangan anda akan memberi keuntungan kepada negara tersebut.

2. Sumbangan Syarikat
Apakah sumbangan yg telah diberikan oleh syarikat takaful itu? Anda boleh search di google
"sumbangan _________(nama syarikat)". Bagaimana dengan program Charity syarikat itu? Boleh search semuanya di Google

3. Kekukuhan Syarikat
Biasa tuan/puan dengar nama company Insurans/Takaful bangkrup atau telah dibeli dengan Syarikat lain (boleh Google). Itu menunjukkan ketidakstabilan Syarikat tersebut. Bagaimana keadaan kewangan syarikat tersebut? Biasanya kita boleh kaitkan dengan institusi kewangan di belakang syarikat itu. Contoh Etiqa + Maybank, Prudential + Bsn dll. Ini amat penting untuk mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian.

4. Pencapaian Syarikat.
Kaji tentang pencapaian yang telah dicapai oleh syarikat tersebut. Ini juga antara yang perlu diutamakan dari segi produk dan servis syarikat. Kita boleh tahu berapa ramai yang mempercayai syarikat tersebut.

5. Produk yang ditawarkan
Kajian yang sebenar pada ilustrasi yang dibuat, bukannya pada cerita di atas kertas kosong. Ada yang murah ada yang mahal, tetapi perlu diingat,  Semua Syarikat ada pro and cons, Murah tak semestinya bagus, semak betul2 ada apa2 info yang tersembunyi, biasanya dalam polisi ada tulisan kecil sahaja di bahagian bawah (haa baca betul2) Jadi berhati-hati dalam pemilihan, bagi saya, tengok dari segi berapa lama Syarikat itu boleh bertahan, bukan Syarikat baru yang pastinya akan menawarkan harga yang murah demi melonjakkan sales mereka.

Sila jalankan research anda. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment