Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan langkah-langkah baharu mengenai insurans motor yang bertujuan untuk memastikan pengguna diberikan nasihat sewajarnya tentang nilai pasaran yang bersesuaian bagi kenderaan bermotor apabila membeli perlindungan Insurans motor komprehensif untuk kereta persendirian.
Langkah ini bertujuan untuk menangani isu insurans berlebihan atau terkurang (over or under-insurance) bagi kenderaan bermotor, yang akan menyebabkan pengguna membayar premium yang lebih tinggi daripada yang diperlukan atau menerima pampasan yang lebih rendah apabila membuat tuntutan terhadap polisi insurans.

Berkuat kuasa 1 Ogos 2011, penanggung insurans (serta pengendali takaful) dan ejen mereka dikehendaki menasihati pengguna tentang perkara berikut sebelum mereka membeli atau memperbaharui insurans motor:-
1. nilai pasaran semasa kereta;
2. pentingnya menginsuranskan kenderaan pada nilai pasaran yang bersesuaian; dan
3. kesan daripada insurans berlebihan atau insurans terkurang apabila tuntutan dibuat.
2. pentingnya menginsuranskan kenderaan pada nilai pasaran yang bersesuaian; dan
3. kesan daripada insurans berlebihan atau insurans terkurang apabila tuntutan dibuat.
Nasihat kepada pengguna mengenai nilai pasaran semasa hendaklah berdasarkan Sistem ISM Automobile Business Intelligence (sistem ISM-ABI) atau mana-mana pangkalan data penilaian kenderaan lain yang boleh dipercayai. Nilai pasaran semasa kenderaan tersebut akan ditunjukkan dalam notis pembaharuan atau helaian penzahiran produk (product disclosure sheet) yang dikeluarkan kepada pengguna.
Bagi memastikan nilai pasaran kenderaan pada ketika insurans diambil adalah konsisten dengan nilai pasaran kenderaan tersebut ketika tuntutan dibuat kemudiannya, penanggung insurans dikehendaki merujuk kepada pangkalan data yang sama untuk menentukan nilai pasaran kenderaan dalam kedua-dua keadaan tersebut.
Pangkalan data tersebut akan merangkumi sebahagian besar kenderaan milik persendirian. Walau bagaimanapun, pangkalan data tersebut tidak merangkumi kenderaan perdagangan dan motosikal.
Langkah baharu mengenai nasihat yang diberikan bagi nilai pasaran kenderaan bermotor ini akan menyumbang ke arah penentuan nilai pasaran kenderaan motor yang lebih objektif bagi tujuan pembelian insurans motor dan penyelesaian tuntutan. Langkah ini melengkapi langkah-langkah sedia ada yang menggalakkan layanan adil terhadap pengguna, termasuk keperluan untuk penanggung insurans dan ejen mereka menjelaskan kepada pengguna tentang ciri utama sesuatu polisi motor termasuk jenis perlindungan, skop perlindungan dan pengecualian, hak dan obligasi kontraktual pengguna serta prosedur tuntutan.
Bank Negara Malaysia
01 Ogos 2011
01 Ogos 2011
No comments:
Post a Comment