Nuffnang Ads

Showing posts with label Maklumat Terkini. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Terkini. Show all posts

Berapa Simpanan Saya?


Assalamualaikum,

Kisahnya bermula bila dah setahun mencarum dalam takaful, peserta(client) akan tanya "Berapa simpanan saya sekarang ye?"

Ya, di situ akan bermulanya ketidakpuasanhati individu yang tidak memahami konsep Simpanan Takaful. Saya akan cuba tidak bias di sini.

SISTEM TAKAFUL
 Tahun pertama savings anda adalah 0 (sifar,kosong). kerana ia telah dimasukkan ke akaun orang ramai. tahun kedua dan seterusnya baru ada percent ikut produk yang anda ambil (25%,50%,82%,90% dan sebagainya)
ada setengah produk juga ada menawarkan bonus, jadi ianya akan jadi lebih banyak.

INGAT
bila anda sign kontrak takaful bermakna anda
1. Tahu anda telah buat simpanan untuk tempoh jangka masa panjang.
2. Hanya untuk perlindungan sahaja, tiada simpanan.

JANGAN SAMAKAN DENGAN SIMPANAN DI BANK
Bila anda samakan dengan simpanan di bank. maka hasilnya Bank akan jadi lebih banyak. apa beza sebenar Bank dan Takaful ni?
di Bank anda simpan dan simpan, bila sakit keluarkan duit.
di Takaful anda simpan dan simpan, bila sakit dapat pampasan/claim medicalcard. tak perlu keluarkan duit

Incentive Get Customer


Assalamualaikum,

Ini peluang untuk semua pembaca blog saya yang sambil2 nak mencari duit sampingan atau secara kebetulan ada kawan2 yang inginkan takaful.

Seperti tajuk entri ini "Incentive Get Customer" saya akan berikan insentif pada anda yang memperkenalkan mana-mana kawan/kenalan yang berhasrat ingin menyertai takaful kepada saya. Sila baca maklumat berikut :


1. Sekiranya kawan/kenalan menyertai secara Tahunan, anda akan dapat 10% daripada jumlah penyertaan.
2. Sekiranya kawan/kenalan menyertai secara Bulanan, anda akan menerima 10% atau RM50 yang mana lebih tinggi

Contoh yang saya berikan pada yang telah pun menerima insentif ini (beliau adalah orang pada gambar)


Kawan beliau menyertai pelan takaful Harmoni dengan saya sebanyak RM 80. jadi jika rujuk pada no. 2 maka beliau akan mendapat 10% atau RM 50 yang mana lebih tinggi.

10%, RM 8 atau RM 50, jadi beliau layak menerima sebanyak RM 50.


Terima Kasih dan Tahniah diucapkan pada beliau, Jika ada rezeki nanti kita buka takaful untuk beliau pula ya. Jadi pada anda yang ada kenalan yang memerlukan takaful boleh lah kenalkan pada saya. tak perlu terangkan tentang produk, saya yang terangkan, Insyaa Allah, jika kenalan anda setuju, anda layak untuk insentif ini. Hubungi saya/Whats App di  017 667 9778

Insyaa Allah Sabtu ini ada lagi kenalan yang bercadang ingin menyertai takaful dengan saya. nantikan update dari saya okay? Yang Penting, Kita Enjoy!

Anda faham Auto Debit?


Auto Debit secara ringkas dan padatnya adalah satu sistem yang membuat potongan daripada Bank anda secara automatik.

Misalnya : Anda sign form Auto Debit secara bulanan RM150 untuk Polisi insurans / takaful. Jadi secara automatiknya anda akan dipotong RM150 setiap bulan daripada Akaun Bank anda.

Tetapi anda harus beringat tentang cara pemotongan itu. Contoh mudah, jika anda tidak membuat bayaran atau tertunggak pada bulan pertama, Anda akan dipotong double pada bulan yang seterusnya. Bayangkan anda cuma ada RM400 ketika itu dan duit tula nak pakai untuk belanja dan bayaran-bayaran yang lain, yang tinggal selepas itu cuma RM 100 dalam Akaun Bank anda. Sudah tentu kita akan risau bukan?

Cara nak mengelak daripada dipotong sekaligus.

Mudah, letakkan saja wang yang seharusnya dipotong setiap bulan iaitu RM150 dalam Akaun Bank anda. Jadi anda tak akan terkena double potongan dan masalah selesai.

Tapi kena pastikan lah kita settlekan yang tertunggak tu supaya tak mengundang masalah yang akan datang.. tak gitu?

Tak faham tanya.

Etiqa bantu institut pengajian tinggi

BUKIT MERAJAM - Syarikat insurans, Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) berjaya mengutip zakat perniagaan sebanyak RM 1.9 juta sejak Februari 2006 yang digunakan untuk membantu beberapa institusi pengajian dan kebajikan di seluruh negara.

Pengarah Program Tanggungjawab Korporat Etiqa, Dr. Zulkifli Zakaria berkata, penggunaan wang zakat tersebut merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Zakat Korporat (CZR) Etiqa.

"CZR merupakan antara cara kami membantu mereka yang memerlukan sumbangan seperti yang dituntut agama sekali gus merapatkan organisasi ini dengan membantu orang ramai,: katanya yang juga Ketua Divisyen Syariah Etiqa ketika berucap merasmikan bangunan tambahan dua tingkat Madrasah Al-Aminiah, Permatang Pauh di sini, semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful Berhad, Tarmidzi Ahmad Nordin dan Pengetua Madrasah Al-Aminiah, Azamuddin Alang Hamzah. Bangunan tambahan dua tingkat bernilai RM 250,000 itu merangkumi enam buah bilik darjah termasuk dua buah bilik yang boleh ditukar menjadi dewan bila diperlukan.

Selain merasmikan bangunan tersebut, Etiqa turut menyampaikan insurans takaful berkelompok kepada 503 orang pelajar di madrasah itu yang bernilai RM 10,000 dan sumbangan kakitangan Maybank Berhad berjumlah RM 1,008. Etiqa turut menyampaikan sumbangan alat tulis kepada semua pelajar di madrasah itu.

Menurut Dr, Zulkifli, peruntukan pembinaan bangunan tambahan tersebut merupakan yang terbesar pernah disalurkan berbanding projek-projek CZR yang lain. Katanya, antara projek CZR termasuk pembinaan surau bagi Yayasan Pengajian Islam Merbok, Kedah dan Yayasan Kebajikan Suria, di Tuaran Sabah, membina asrama bagi pelajar lelaki di Tahfiz Madrasah Ar-Rahmaniah, Neting,Kelantan serta mendirikan bangunan perpustakaan dan pentadbiran bagi Madrasah Pondok darussalam, Kuala Krai, Terengganu.

Ujar Dr. Zulkifli, projek di Madrasah Al-Aminiah merupakan yang ke-10 sejak CZR Etiqa dilancarkan pada Mac 2006. Sementara itu, pengetua madrasah, Azimuddin mengucapkan terima kasih kepada Etiqa kerana sudi membina bangunan tambahan tersebut yang amat diperlukan demi keselesaan pembelajaran pelajar. Beliau juga berharap lebih banyak syarikat korporat sudi tampil meghulurkan sumbangan bukan sahaja kepada Madrasah Al-Aminiah tetapi Madrasah lain agar imej sekolah pondok dapat ditingkatkan dan dipandang tinggi oleh masyarakat.


Sumber : Utusan

Etiqa Takaful: Vietnam War


Assalamualaikum semua..

Yang terkini, peperangan sedang melanda advisor2 Etiqa Takaful.. Persiapan untuk ke Vietnam pulak! ini adalah gambar daripada agensi kami, AGENSI AMIROZ..
tuan puan sekalian.. ini cuma selingan jer, trip yang Etiqa berikan pada para Advisor.. bak kata orang (test powerrr je dulu).. kerana cabaran yang sebenar benar cabaran adalah Cabaran ke Dubai. Trip yang paling diidamkan oleh semua manusia.. 

Ini adalah untuk mereka yang mungkin tidak berkesempatan untuk mencapai target ke Dubai.. Itulah kelebihan di Etiqa, Demi menjaga keistimewaan advisor-advisor.. mereka create satu lagi event untuk menambahkan lagi semangat para advisor.

Walaupun sibuk dengan Final Exam di UiTM, tidak bermakna yang saya tidak boleh.. masa masih lagi berbaki 2 bulan dari sekarang. Doakan agar saya dapat capai misi ini. misi untuk berperang! Insya Allah..

Usaha untuk majukan diri bersandarkan untuk mencari keredhaan Ilahi adalah yang terbaik. ayuh berjuang!



Etiqa Takaful: Convention Pulau Langkawi



9, 10 , 11 November merupakan hari yang amat bermakna pada semua Ejen Etiqa Takaful..
Ejen2 takaful satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak berkumpul di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi.



Add caption

kawasan resort



Cable car, pemandangan dari atas

shopping habis!

cable car

anak negro yang kujumpa..

Cable car, pemandangan dari atas,



Peluang diberi kepada semua Ejen untuk melawat tempat2 menarik di sekitar Pulau Langkawi dan pada hari kedua adalah main aktiviti iaitu Seminar yang memakan kos yang agak mahal..

Perkongsian ilmu daripada MDRT, (Million Dolar Round Table), Encik Rizal amat membakar semangat setiap Ejen.. Beliau langsung tidak kedekut ilmu,, berkongsi segala-galanya termasuk cara2 nak close big case. Di sini aku melihat bahawa org yg betul2 berjaya tidak pernah kedekut dalam sesuatu perkongsian.. 

Dunia Takaful adalah bidang yang aku pilih semata-mata untuk mempertingkatkan ekonomi Islam, membantu mereka di luar sana dalam Perlindungan dan Simpanan di masa hadapan mereka. Ya, kita semua sedar yang musibah itu tidak dapat kita lihat dan jangka. tapi, bila kita dah merasa barulah nak merana.. sebab itu kita kena simpan pada masa kita sihat walafiat..

Nasihatku,, ambillah pelan Takaful bersama 12 pilihan Syarikat Takaful yang ada di Malaysia dan bukannya Konvensional..




p/s: lenguh badan berenang di Pulau Dayang Bunting, *naseb x bunting. kahkah :)

Etiqa Takaful: " Etiqa penipu"





Malam semalam saya bertemu dengan seorang tua berbangsa India ketika sedang buka kaunter di Maybank. sebaik sahaja melihat saya dengan baju Etiqa,

"ETIQA INI PENIPU!"

ah sudah, ni dah kenapa pulak tetibe kata menipu ni, saya nak buat kerja pun dah tak senang, Lalu saya bertanya kenapa sampai begitu sekali terjahan pak cik ini.. ini ringkasan ceritanya:

1. Beliau sudah pun memliki polisi secara berkelompok di Kilang, RM20 sebulan.
2. kawan sekerja beliau (juga peserta) accident dan patah sebelah tangan, tapi tiada claim sedangkan potong bulan2 RM20 daripada Bank.


Pertama sekali saya minta pak cik tersebut fahamkan dahulu polisi yang diambil ataupun rujuk semula dengan ejen tersebut. Saya simpulkan begini sahaja, "Modal yang cuma RM5 jangan diharap boleh dapat KFC baket besar"

Polisi yang diambil kemungkinan mengikut pakej CUEPACS iaitu berkelompok atau daripada Produk Maybank yang ada cop Etiqa. dengan bayaran hanya RM20 kemungkinan manfaat untuk accident tidak dimasukkan. Besar kemungkinan polisi hanya cover asas sahaja, iaitu Kematian/Hilang Upaya Kekal sahaja.


Maksud sebenar Hilang Upaya Kekal adalah hilang upaya yang menyeluruh, tertera di dalam polisi Hilang Upaya Kekal ini bermaksud Hilang anggota tubuh badan seperti Tangan,Kaki,Mata,Telinga, syaratnya mesti berpasang seperti dua belah tangan, sebelah tangan dan sebelah kaki. (Sila rujuk polisi untuk lebih memahami definisi) lumpuh sehingga tidak boleh melakukan lebih daripada tiga aktiviti contohnya, menyarung pakaian sendiri, berjalan, dan mandi. Syaratnya haruslah kekal sehingga 6 bulan. 6 bulan 1 hari baru dikira sebagai Hilang Upaya Kekal. Haa, rumit bukan? jangan ingat dah ada insurans/takaful dah dicover semua.


"TAPI YITU EJEN KATA SEMUA COVER"


saya boleh andaikan yang customer terlupa apa yang diterangkan,

"yela.. dah 5 tahun join macam mana nak ingat?"

Kenapa tak jumpa ejen itu dan bertanyakan perkara ini?

"itu ejen deal sama company saja, tarak jumpa pun sama kita"

Sebab itu bagusnya ambil polisi secara individu direct dengan Ejen, Adalah menjadi tanggungjawap Ejen untuk sentiasa update dengan customer. Yang bagusnya kita tahu siapa yang menguruskan polisi kita.


Tapi jika benar tuduhan tersebut yang "yitu ejen kata semua cover", Jelas Ejen tersebut tidak bertauliah, Buat sahaja laporan polis, Ejen sebegini buat busuk nama syarikat je. caittt



SYARIKAT TIDAK MENIPU, EJEN YANG TIDAK BERTAULIAH SAHAJA YANG MENIPU



"Kaji dan selidik dahulu sebelum ditipu"

Etiqa Takaful: Aset Syarikat Etiqa



Lumrah dan fitrah manusia yang sikapnya menjadi amat risau akan keadaan wangnya setelah dilaburkan di syarikat-syarikat tertentu.. Bagi mereka yang melabur di Etiqa pastinya tidak perlu risau lagi kerana Aset Syarikat sudah melangkau RM 20 bilion !

Berita Harian: Etiqa Insurans dan Takaful, menyasarkan untuk menjadi peneraju industri insurans serta takaful di negara ini menjelang 2015, dengan sasaran aset berjumlah RM 30 bilion.

Unit perniagaan insurans dan takaful kumpulan Maybank itu ketika ini adalah yang kedua terbesar dengan aset berjumlah RM 23 bilion.....   (klik sini)





Kami tidak dikenali melalui iklan-iklan yang hanya menabur pelbagai janji manis dan trademark yang menarik. kami hanya persembahkan pencapaian kami untuk kepentingan anda...




Melabur dan simpanlah wang anda di Etiqa, kami tidak menjaminkan keuntungan, tetapi kami menjaminkan PERLINDUNGAN. itu yang paling penting..


p/s : keliru, buntu dan serabut? boleh tanya saya.


Kos Perubatan kini Meningkat ?

Sedarkah anda wahai umat manusia bahawa kos perubatan semakin meningkat ? Kajian dari seluruh sumber mengatakan bahawa kos perubatan di Malaysia sentiasa meningkat 10 hingga 15 peratus setiap tahun.

Contah mudah, bayangkan sekarang kos perubatan untuk penyakit jantung lebih kurang dalam RM 50,000.. apa pula akan terjadi pada kos tersebut 10 tahun akan datang? Persoalannya mampukah kita yang berpendapatan sederhana menampung perbelanjaan tersebut?

Dan lebih teruk lagi kita terpaksa menggunakan wang simpanan yang sekian lama disimpan untuk tujuan lain, seperti nak beli kereta, nak kahwin, nak beli motor superbike (saya yg nak), nak bayar hutang kawan dan sebagainya..

Pastinya anda akan..




takpun anda akan...



menyesalll x tentu pasall



Saya boleh membantu
Ayuh ! Tentukan ekspresi wajah anda.. ;D