Nuffnang Ads

Betul ke perbandingan yang agent tunjuk?



Opocot terkejut saya bila tengok ejen yang asyik copy paste tapi tak study betul2, di sini ada beberapa contoh perbandingan

 SIMPANAN DI BANK DAN TAKAFUL

En Ramu buat simpanan di Bank M RM100 sebulan, cukup setahun RM100 x 12. Jumlah simpanan dia ada RM1200. tup tup cukup 2 tahun menyimpan En Ramu ditimpa musibah, Kanser buah pinggang. Dr Dolah mintak RM50,000 je untuk kos operation.

simpanan RM2,400 tadi siapa yang punya tuan2?

DR DOLAH YANG PUNYAAA
ITUPUN MASIH LAGI ADA SHOT RM47,600

BEZA DENGAN TAKAFUL TUAN2

Simpanan yang SAMA SAHAJA dengan BANK, cuma di awal simpanan itu COMPANY Z DAH SEDIAKAN RM100,000. bila berlaku musibah. NAH RM100,000, tak perlu usik simpanan.

Dimana silapnya? SIMPANAN TUAN2, tahun pertama mana ada duit cik agent oi. ada pelan lain pulak 3 tahun takde simpanan. itu Akad kita. tahun pertama/3tahun duit masuk ke akaun orang ramai.

tahun berikut baru dapat simpanan, itupun berapa percent sahaja dari jumlah SIMPANAN tu, sebab konsep kita adalah simpanan jangka masa panjang, tapi berbaloi. So tak boleh samakan simpanan di bank dan takaful ye. totally different. siapa yang tak terangkan ni maknanya dah misrepresent ye Agent2 sekalian. kena pulak customer nak stop setahun lepas tu. kau boleh bayangkan tak?

Kita belajar, mesti rela diajar


Otak yang bijak untuk post yang bijak

No comments:

Post a Comment