Nuffnang Ads

80 juta pampasan yang tidak dituntut




Assalamualaikum.

Perlu diingatkan bahawa penama pada setiap polisi amatlah penting, dan seeloknya letak di bawah sistem Hibah (Hadiah). Kerana pampasan itu akan terus dikreditkan ke dalam akaun yang pemilik polisi mahu.

Sebagai contoh mudah, Encik Saiful, mempunyai seorang isteri, 2 orang anak. Encik Saiful mengambil polisi di Etiqa Takaful. Jumlah perlindungan sebanyak RM500,000 sekiranya berlaku.
1. Kematian
2. Hilang Upaya Kekal.

Encik Saiful telah membuat pembahagian hibah kepada keluarga beliau. Isteri 70%, Anak masing2 15%. Malang tidak berbau, Encik Saiful meninggal disebabkan kemalangan.

Maka pihak pengurusan Etiqa akan kreditkan semua pampasan tersebut kepada semua penama yang telah ditetapkan oleh Encik Saiful.

Letak penama semasa ambil polisi. Jika dah ada, sila kemaskini Alamat. No Akaun penama jika ada perubahan. Minta ejen anda uruskan. Sekian.


1 comment:

  1. Sebab kebanyakan orang tidak tahun macam mana utk memohon pampasan itu. Pihak berkenaan perlu bagi maklumat yang banyak kepada kita barulah kita dpt tau dengan selanjutnya.

    ReplyDelete