Nuffnang Ads

Accident Motor - Claim Medical Card

Assalamualaikum, sebab dah lama tak post, jadi saya post entri berkenaan client saya yang accident tempoh hari. Client saya ni rider superbike nak ke kerja. Malang tidak berbau kerana beliau bertembung dengan Lori construction di kawasan berikut.

Saya dapat panggilan daripada kawan beliau dan Client saya telah pun dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan. Beliau patah Tulang Selangka di bahu. Doktor di Hospital kata tak kritikal, cuma patah dua, tak perlu warded dan Ianya akan sembuh sendiri. Selepas balut bahunya, Doktor minta client saya balik. Sekali bila check dekat KPJ patah 4!

(Berikut adalah gambar X-ray di KPJ)




Uruskan Admission Client

Saya pun melawat client saya ni di rumah, beliau mengadu rasa sengal2 dan sakit bila baring. saya terus uruskan beliau untuk masuk KPJ Klang, Alhamdulillah GL(Guarantee Letter) approved dalam tempoh 40 minit. nasib beliau baik sebab entitled untuk bilik harga RM200 sahaja (kalau ikutkan rate di KPJ cuma dapat bilik double bedded) tapi Hospital letakkan beliau di Bilik Standard Single RM220. (Of course tidak ada apa-apa bayaran tambahan sebab hospital yang tak cukup katil). Memang SELESA!!

*Fakta : Tiada bayaran deposit dikenakan di KPJ Klang

(Berikut adalah gambar Room & Board Charges dan Bilik Standard Single)








Follow Up sampai discharge

Tiap-tiap hari saya call bahagian billing nak tahu latest medical cost. saya nak tahu dalam sehari berapa banyak perubahan dan update pada client. dari RM4,000 ke RM16,000 dalam tempoh 3 hari! (Client buat operation dan dimasukkan besi, refer balik gambar X-ray sebelum ni)

abang tumpang selfie.


Discharge Summary

Kos Kesuluruhan = RM20,380.07
Tempoh = 5 hari 4 malam



Client pulang dengan rasa bersyukur.

Sekian | 017 667 9778 | Fariz Petra

No comments:

Post a Comment